berita

‘Kami Bukan Pasangan Kekasih’ – Dakwa Video Dituju Kepada Aedy Ashraf, Ini Respon Nabila Razali

November 27th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini viral video Nabila Razali yang menangis kesedihan apabila khabarnya ditinggalkan kekasih. Ramai yang mendakwa lelaki yang dimaksudkan adalah pelakon kacak Aedy Ashraf. Video yang dimuat naik itu mendapat pelbagai respon negatif netizen.

Artikel Berkaitan : “Lelaki Ni Tak Pernah Cukup Kan..” – Nabila Razali Muat Naik Video Kecewa, Tuju Pada Aedy Ashraf?

Walau bagaimanapun, Nabila Razali menerusi Harian Metro, menafikan dakwaan berkenaan hal itu. Lelaki yang dimaksudkan bukan Aedy, dia memberitahu bahawa Aedy hanyalah kenalan artis sahaja.

Tidak tujukan buat Aedy

Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram. Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun.

Lelaki ni memang tak pernah cukup kan? tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu. Malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Aedy menerima lebih 55k komen peminat yang tidak berpuas hati dengannya. Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Aedy, Nabila menjelaskan mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

Saya tiada masalah Aedy berkawan

Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan. Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya. Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti.

Mengulas tindakannya memadam gambar dan foto mesranya dengan Aedy di laman instagram, Nabila berkata, dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

Terdahulu, Nabila memuat naik video luahan rasa kecewanya apabila dipermainkan seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada Aedy.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×