Korang teruja? Yeah! Kami pasti kaki travel memang tertunggu-tunggu entry macamni kan? Bila dah ada tips travel ke tempat idaman, takdelah korang jadi terpinga-pinga di negara orang.
Malah, dengan bantuan tips sebegini, bolehlah susun jadual perjalanan korang dengan lebih teratur dan yang lebih penting menjimatkan.
So, kepada kaki travel semua, kami nak cabar anda guna 9 travel tips ini ke syurga membeli-belah kegemaran ramai! Mana lagi kalau bukan Guangzhou, China! Ada bran?
Ada apa di Guangzhou?
Guangzhou? Best ke? Ha.. Meh sini nak cerita sikit. Untuk pengetahuan korang, Guangzhou juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow. Terkenal dengan nama jolokan “Pintu Gerbang Tiongkok Bahagian Selatan”, Guangzhou juga adalah kota terbesar ketiga setelah Beijing dan Shanghai.
Sebelum menjejakkan kaki di tempat orang, sudah semestinya kita kena kaji dulu sedikit sebanyak informasi mengenai tarikan di sana kan? Takkan nak memerap kat hotel je. So, ini adalah beberapa senarai tempat menarik yang korang wajib jejak di Guangzhou.
i. Pearl River : Mempunyai panjang lebih daripada 2,000 kilometer (kira-kira 1243 batu) dan merupakan sungai ketiga terpanjang di China. Ia terdiri daripada empat sistem sungai yang berasingan iaitu Sungai Xi, Sungai Liuxi, Sungai Bei, dan Sungai Dong. Pemandangan waktu malam memanh marvelous!
ii. Menara Canton : Pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh bandar Guangzhou daripada ketinggian 1968 kaki (600 meter). Malah, rekabentuk Menara Canton ciptaan Mark Hemel ini diinpirasikan daripada tulang sendi pinggul wanita dengan pinggang yang ramping sekaligus membentuk ilusi seakan-akan wanita sedang menoleh ke belakang. Sexy!
iii. Taman Yuexiu : Meliputi kawasan seluas 860,000 meter persegi (212.5 ekar), ia terdiri daripada tiga tasik buatan dan tujuh bukit daripada Gunung Yuexiu. Tempat-tempat menarik utama termasuk ukiran Five Rams, Menara Zhenhai, tapak Dinasti Ming City Wall dan Square Cannon.
Selain daripada yang disenaraikan di atas, banyak lagi lokasi lain yang boleh dikunjungi seperti Flower City Square, Pulau Shamian dan Gunung Baiyun. Memang boleh jalan-jalan sampai lenguh kaki!
Sila shopping sakan di hotspot ni!
Ha.. Lepas jalan-jalan tengok pemandangan yang memukau dan merasai sendiri budaya mereka, korang bolehlah shopping sampai puas hati di tempat-tempat ni. Kalau korang nak tahu, ramai sebenarnya pemborong Malaysia beli di Guangzhou ni. Harganya memang berbaloi-baloi dan barangannya memang berkualiti.
i. Shangxiajiu Pedestrian Street: Terletak di Daerah Liwan, Shangxiajiu menempatkan lebih daripada 200 kedai yang mencerminkan kebudayaan Lingnan.
ii. Beijing Lu :Barang-barang utama yang dijual di sini ialah pakaian, barang keperluan harian, kasut, barangan kulit, beg, makanan, barang kemas, dan buku-buku. Guangzhou Cartoon Star City mempunyai banyak produk yang diimport dari Jepun dan Korea Selatan dan merupakan tempat yang menarik untuk belia dan peminat komik.
Bukan itu sahaja, korang juga wajib berkunjung ke Nan Fang Da Sha, Zhong Da, Baiyun World Leather, Nantian Road, Onelink Plaza , Kids City dan banyak lagi tempat shopping yang best! Boleh rambang mata beb.
Tips jalan-jalan di Guangzhou
1. Sebaik sahaja turun di Guangzhou Baiyun International Airport, terus cari kawasan teksi hijau. Abaikan ulat-ulat taksi yang bakal buat korang tertipu dengan harga melampau.
2. Masyarakat di sana kurang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan ada juga yang tidak faham tulisan rumi. Jadi, lebih baik standby awal-awal nama lokasi yang ingin korang pergi dalam bahasa Mandarin. So, kalau sesat senanglah untuk korang bertanya.
3. Untuk memudahkan perjalanan korang, guna Subway Metro. Senang je!
4. Bagi traveller Muslim, jangan susah hati sebab ada banyak restoran halal di Guangzhou. Boleh rujuk di IslamiChina.com dan Guangzhou Travel Guide. Jangan lupa juga untuk berkunjung ke Masjid As-Sahabi Abi Waqqas dan Masjid Saad Abi Waqqas.
5. Tempah hotel yang berdekatan dengan plaza borong, makanan halal dan akses kepada pengangkutan awam.
6. Jangan lupa untuk buat Visa dan passport ya. Tak pasal-pasal sangkut dekat imigresen nanti!
7. Seperti biasa, sila bawa alat bantuan kecemasan yang lain seperti universal adaptor, ubat-ubatan dan makanan ringan.
8. Sebelum beli tiket penerbangan, check dulu waktu yang sesuai. Kami sarankan korang pergi pada waktu yang sesuai dan serasi dengan keperluan individu. Nak pergi musim sejuk ke, musim panas ke.. Ikut minat korang lah.
9. Terbang dengan AirAsia, Dari Langkawi ke Guangzhou
Ini berita paling best untuk korang semua yang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Guangzhou. AirAsia sememangnya terbang dari Kuala Lumpur ke Guangzhou, tapi berita yang lagi best ialah AirAsia kini telah membuka laluan terus baru untuk rakyat Malaysia shopping sakan di Guangzhou menerusi Langkawi!Wah, kiranya lepas berbelanja di Langkawi, boleh terus fly ke Guangzhou. Ini sudah bagus!
Well, sudah semestinya AirAsia menjanjikan harga tambang termurah berbanding penerbangan yang lain. Malah, AirAsia juga memberikan layanan terbaik daripada krew kabin apabila telah dinobatkan sebagai Asia’s Leading Cabin Crew di World Travel Awards Gala 2015.
Jadi, apa tunggu lagi. Cepat grab peluang keemasan untuk terbang bersama AirAsia. Untuk maklumat lanjut sila layari link ini!