Review produk kembali lagi! Haa kali ni admin nak share dengan korang pasal produk kosmetik pulak. Kalau sebelum ni OhBulan! pernah cadangkan produk skincare yang korang boleh beli dari farmasi atau drugstore, tapi kali ni admin nak share dengan korang pasal 7 item solekan paling cun yang korang wajib cuba.
Paling penting korang tak payah susah-susah pergi dua tiga tempat untuk cari barang-barang makeup ni. Serbu satu tempat je dah jumpa semua. Semua ada kat SASA. Jom tengok apa 7 item best seller yang kitorang beli dekat SASA.
1. theBalm TIMEBALM Concealer memang tutup habis semua cela!
Kalau korang nak makeup lebih sempurna dan kemas, sebaiknya kena ada concealer yang best. Fungsi utama concealer adalah untuk cover dark circle bawah mata, conceal parut jerawat, dan boleh jugak conceal lepas lukis kening. Tapi tak semua concealer boleh full coverage tau.
Lepas cari punya cari, kitorang decide untuk cuba theBalm TIMEBALM Full Coverage Concealer For Dark Circles & Spots. Concealer ni special berbanding concealer lain sebab ia ada fungsi anti-wrinkle dan mengandungi vitamin A, C, E dan Panthenol. Memang betul-betul full coverage sebab segala dark circles, bekas parut gelap dan bintik-bintik hitam tu semua dapat tutup habis lah. Terus flawless tau!
Paling best, concealer ni protect kulit muka korang daripada terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat sekaligus mengelakkan kulit muka cepat nampak kusam, keletihan dan kekeringan. Tekstur produk pun lembut dan tak melekit. Kalau korang tengah cari concealer yang sesuai untuk kegunaan harian, admin recommend produk ni. Tengoklah hasilnya!
2. COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact
COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ni actually sangat popular dalam kalangan selebriti dan artis di Asia. Kitorang pun suka sebab cushion foundation bukan je berfungsi sebagai concealer tapi ia juga bertindak sebagai sunscreen dengan SPF50+ PA+++ sekaligus mampu menghalang daripada bahaya sinaran UV.
Produk macam ni memang admin yakin ramai dah lama idamkan. Yelah, zaman sekarang ni sunscreen tu dah memang satu keperluan. Bila ada foundation macam ni senang la. Lengkap semua dalam satu. Haa.. Walaupun foundation ni cuma ada satu pilihan warna tetapi warnanya sangat sesuai dipadankan dengan tona kulit Asia. Admin yang tak berapa cerah pun nampak ngam je bila pakai.
Selain itu, COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ini juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid, serbuk mutiara serta diamond, dan juga diformulasi khas dengan granule essence untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan. Paling admin suka, ia datang bersama Cosmetea transparent silicon puff. Lagi mudah tau nak apply foundation guna silicon puff tu. Admin dah try memang jadi lebih sekata dan perfect serta merta di permukaan kulit.
3. PUPA Make Up Stories Palette
Admin paling excited dengan palette dari PUPA Make Up Stories Hot Flame. Pilihan warna dia memang ONZ wei! Gabungan warna copper dan amber yang menyengat dan tona mustard keemasan membuatkan pilihan warna makeup korang lagi luar biasa!
Paling awesome, pigments produk ni. Calit sikit je dah lekat banyak. Confirm solekan mata korang lebih sempurna dengan liputan warna yang maksimum. Tekstur produk ini pulak memang padat, ringan dan berkrim. Admin jamin solekan mata korang tahan lama dengan produk ni.
Gabungan resins, wax dan minyak juga memastikan solekan lekat sempurna pada kelopak mata korang. So, tak adalah sekejap je make up dah comot. Tapi serious cakap ni antara eyeshadow palette terbaik yang korang boleh beli dekat SASA. Colour dia sangat pigmented and easy to blend. Highly recommended!
4. SASATINNIE Ultra Define Eyebrow (#02 Terra Brown)
Produk terbaik made in Korea ini pula menjanjikan solekan kening yang lebih halus dan terperinci. Sasatinnie Ultra Define Eyebrow dengan kod warna #02 menjanjikan kombinasi penekanan warna lembut pada kening. Bagi admin produk ni sangat mudah untuk digunakan. Senang untuk korang kawal bila nak membentuk kening tu. Smooth je!
Hasil lukisan kening korang pun nampak licin, sekata dan jelas. Warnanya pun nampak natural dan rapi. Pendek kata, kening langsung tak nampak macam dilukis. Dan paling penting, mata penselnya tak mudah patah. Ngam sangatlah dengan korang yang sejenis kasar tu. Hahah!
5. ANAS Ultra Madness Super Volume Mascara
Dikenali sebagai maskara ‘super volume‘, Anas Ultra Madness Super Volume Mascara ini pula boleh dikategorikan sebagai pakar dalam menambah keindahan pada mata kerana ia mampu memanjangkan, melentikkan dan melebatkan setiap helai bulu mata bagi menghasilkan bulu mata tampak lebih tebal dan cantik.
Maskara yang tampak begitu ekslusif ini sangat senang digunakan dengan rekaan ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya satu kali sapuan. Caranya, korang cuma perlu sapu 1 ke 2 lapisan pada bulu mata bermula daripada akar ke hujung dengan pergerakan zig-zag. Hasilnya memang cun melentik macam mata Che Ta gituu!
6. GOSH Strobe ‘n Glow Blush
Dalam banyak-banyak pilihan jenama highlighter, kami berkenan dengan jenama GOSH Strobe ‘n Glow Blush ni. Pilihan kod 002 untuk highlighter ini hadir dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua.
Tekstur GOSH Strobe ‘n Glow Blush ni lembut dan berkrim. So, senang sangat untuk korang guna dan disesuaikan dengan tona kulit. Bila apply dekat kulit memang rasa ringan je! Korang jugak boleh gunakannya sebagai blusher dan eyeshadow. Nak senang travel boleh bawak ni je!
7. COLOR COMBOS Velvet Mirror Lipstick (01)
Apa yang admin suka, gincu Color Combos separa matte ni mengandungi octanediol dan vitamin E sebagai sumber antioksidan. So, takdelah bibir korang jadi kering bila pakai lipstick. Ia juga tak berminyak atau melekit. Teksturnya yang separa matte akan buat bibir korang lembut dan berkilau.
Warna dia pun lawa. Tapi apa yang specialnya, produk ni senang nak bawak ke mana-mana sebab ia dilengkapi dengan cermin solekan yang kecik comel untuk memudahkan korang touch up lipstick. Macam faham-faham je kan!
Mana nak cari? Jom ke SASA!
Macam admin bagitahu awal-awal tadi. Kesemua 7 produk solekan yang super awesome ini admin cuma beli dekat SASA. Masuk je satu outlet, semua barang boleh dapat. Paling penting kena study betul-betul dulu lah kot. Kalau tak mesti korang berjam-jam dekat dalam SASA tu sebab rambang mata.
Puas hati weh kalau masuk SASA, korang tak perlu susah hati sebab dah tentu produk original. Girls, Say no to counterfeit cosmetics product ya! Sayangilah wajah jelita korang tu. Jangan sebab nak jimat, muka habis rosak sebab fake make up. Bab harga jangan risau, sekarang ni SASA tengah ada promosi sempena Beauty Around The World Campaign!
Dan satu lagi berita gembira, korang juga berpeluang nikmati diskaun sebanyak 50% untuk item kedua bagi beberapa jenama terpilih. Baik korang serbu cepat, nanti dah terlepas jangan menyesal pulak ya.
Untuk lebih banyak update tentang promosi, diskaun dan produk terbaru, korang jangan lupa layari laman web SASA hari ini juga!