Semalam industri hiburan kecoh dengan dakwaan yang mengatakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah pun menceraikan isterinya, Ira Kazar.
Terbaharu, OhBulan! cuba untuk mendapatkan respon dari bapa kepada Syamsul yang juga merupakan penerbit terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam mengenai desas-desus ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Ambil Tahu Pasal Ira, Dia Isteri Tidak Berdaftar’ – Patimah Ismail
‘Dah bertahun putus hubungan’
Ketika dihubungi OhBulan!, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata, dia sama sekali tidak mengetahui mengenai dakwaan yang sedang hangat diperkatakan mengenai anak keduanya itu di media sosial.
Menurut Yusof, dia dan Syamsul sudah lama terputus hubungan setelah hampir setahun pengarah filem KL Gangster itu tidak pulang ke rumah menjenguknya.
Maaf saya tak tahu menahu mengenai hal ini. Kami dah bertahun terputus hubungan jadi no komen.
Terdahulu, isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail turut enggan memberikan sebarang komen mengenai kemelut rumah tangga yang melanda anaknya itu.
Menurut Patimah, dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana menganggap Ira sebagai menantunya yang tidak berdaftar.
Sekadar info, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bahawa sudah pun berkahwin dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu.
Sehinggalah pada 13 Jun, Syamsul sah bercerai dengan Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.