berita

‘Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung’ – Isteri Baru PU Abu Akui Rumahtangga Dilanda Badai

July 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Kemelut rumahtangga Pencetus Ummah Abu menjadi bualan ramai setelah dia menceraikan isteri yang sedang sarat hamil 7 bulan menerusi Whatsapp. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang janda bernama Hana Azraa yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya sebelum ini.

Terbaru, perkahwinan PU Abu sekali lagi diuji apabila dia dan isteri kini tidak lagi tinggal sebumbung. Menerusi perkongsian kepada mStar Online, Hana Azraa tidak mahu dikaitkan dengan suami di media lagi.

Tidak tinggal sebumbung

Dakwa hana lagi dia dan PU Abu sudah tidak tinggal bersama dan membawa haluan masing-masing. Mereka turut tidak lagi mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

Akan berakhir dengan baik

Dia tampil kehadapan ini adalah untuk menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka agar tidak ada salah faham di kalangan netizen.

Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.