Foto: Free Malaysia Today
Sekumpulan 125 banduan di sebuah penjara di utara Semenanjung menandatangani petisyen menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap warden yang didakwa melakukan penderaan.
Diarah berbogel, kopek durian
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), ini kali kedua petisyan seumpama itu dihantar susulan dakwaan telah berlakunya satu lagi penderaan di negeri sama. Draf petisyen yang ditulis banduan berkenaan telah diserahkan kepada peguam mereka, Husaini Abdul Rashid, melalui dua rakan yang dibebaskan dari penjara baru-baru ini.
Dua bekas banduan terbabit mendakwa mereka dipukul menggunakan paip polivinil klorida (PVC) dan objek tumpul kerana berbual serta ingkar ketika sesi perhimpunan.
Tidak terhenti di situ, mereka mendakwa tahanan reman sering dikenakan pemeriksaan rongga badan apabila pulang dari mahkamah kerana disyaki cuba menyeludup dadah.
Jika mereka mendengar Suhakam atau orang lain mahu datang membuat pemeriksaan, mereka menyorok paip-paip itu. Kami diarahkan baring secara berbogel di atas lantai untuk ‘kopek durian’ (mengepak punggung).
Hidang makanan atas pinggan berkulat
Sekadar gambar hiasan
Bekalan air yang terhad juga menyebabkan tahanan tidak dapat mandi sehingga lapan hari malah menyukarkan mereka untuk membersihkan diri untuk berwuduk atau selepas membuang air besar. Lebih mengejutkan apabila pegawai wardar didakwa menghidangkan makanan seperti nasi basi dan sepotong kecil ikan kukus di atas pinggan berkulat.
Mereka turut mendakwa dinafikan hak asasi termasuk waktu rehat untuk bersenam atau membaca, selain tidak diberi rawatan sepatutnya jika sakit. Difahamkan, Husaini akan menulis kepada KDN dan Jabatan Penjara untuk mengetengahkan isu itu..
Ketika artikel ini disiarkan, FMT telah menghubungi pengarah penjara negeri terbabit termasuk Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad untuk mendapatkan maklum balas.
Sumber: Free Malaysia Today