berita

‘Kami Dilayan Seperti Anjing’ – Warga Asing Muncul Dalam Video Al Jazeera Tutup Akaun FB

July 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral video laporan dokumentari berkaitan penularan wabak COVID-19 yang dilihat cuba memburukkan mengadu-burukkan Malaysia di mata dunia. Tindakan yang kurang profesional media Al Jazeera menyebabkan rakyat Malaysia naik angin yang rata-ratanya cuba untuk memperbetul kenyataan tidak tepat itu.

Malah, di dalam video tersebut turut menyaksikan beberapa pekerja warga asing yang bekerja di Malaysia mendakwa Malaysia melayan mereka seperti binatang.

Di sebalik perintah berkurung di Malaysia

Video yang berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing. PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta.

Malah, yang menjadi persoalan adalah apabila warga asing mendakwa kerajaan Malaysia bertindak kejam dan tak perikemanusiaan terhadap hak mereka. Perkara ini menimbulkan amarah orang ramai yang boleh dikatakan memburukkan Malaysia di mata dunia.

Mereka menjerit kepada kami


Semua sedia maklum, beberapa kawasalan dikawal ketat di kawasan PKPD bagi menyekat penularan wabak Covid-19, namun wartawan lokasi cuba untuk memasuki ruangan tersebut dan mendakwa pihak polis menghalang dan berlaku kasar terhadap mereka.

Sementara itu diminit ke 3.23, salah seorang warga asing yang berada di dalam kawasan PKPD mendakwa mereka dilayan teruk. Dia turut mendakwa mereka tidak dapat bertanya apa-apa atau tiada hak bersuara.

Mereka menjerit kepada kami suruh duduk. Diam! Kami dilayan seperti binatang.

Saya menangis lari ke pagar imigresen

Dalam pada itu, salah seorang lagi dikenali sebagai Rayhan turut mendakwa terkejut ditahan pihak berkuasa. Malah dia turut kongsi kisah rakannya ditahan kerana tiada dokumen sah. Menurutnya lagi, majikan tersebut tidak menyambung visa sehingga kawannya menyebabkan dia ditahan.

Mereka bukan pembunuh, bersalah. Mereka cuma tiada dokumen tidak sah perjalanan. Kawan saya ditahan. Saya lari di pintu imigresen. Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan saya.

Saya tak boleh jumpa dia. Tak tahu dia makan atau tak sebab saya tak boleh beri makan.

Tambah Rayhan lagi, dia bimbang akan masa depan pekerja asing yang ingin masuk bekerja di Malaysia. Hal ini menimbulkan lagi kemarahan orang ramai yang boleh disifatkan sebagai tidak tahu erti bersyukur. Malah Rayhan turut menutup akaun Facebook miliknya selepas menerima kecaman orang ramai.

Tutup akaun facebook

Orang ramai berang

Sumber : Youtube,101 East – Al Jazeera

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×