berita

‘Kami Disatukan Kembali Sebagai Sebuah Keluarga Bebas Covid’

April 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang doktor pakar iaitu Dr Samsu Ambia Ismail bersama ahli keluarganya yang lain sebelum ini telah ditempatkan di wad pengasingan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka dijangkiti wabak Covid-19. Terbaru, pihak hospital telah mengesahkan mereka sekeluarga ini telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Bebas Covid-19

Menerusi perkongsian Gold Amy Edriena yang juga merupakan isteri kepada Dr Samsu memberitahu bahawa mereka sekeluarga kini bebas Covid-19. Dalam kesempatan itu juga, dia mewakili suami serta anak-anaknya meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mereka.

Tidak kurang juga, Amy turut berterima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga. Tambahnya lagi, berkat doa semua mereka kini telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Bismillah, Alhamdulilah syukor pada Allah. First of all Amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat seluruh dunia yang mendoakan kami sekeluarga.

Berkat doa semua kami sekeluarga bebas covid, ya Allah tiada apa nak diungkapkan selain syukur pada Ilahi yang sudah menyembuhkan kami semua dari virus ini. Kami disatukan kembali sebagai sebuah keluarga bebas covid.

‘Our last TikTok’

Sementara itu, anak perempuan kepada pasangan yang dikenali dengan nama Erika Syamim menerusi akaun Twitter miliknya ada memuat naik satu video TikTok yang memaparkan mereka sekeluarga berada di hospital. Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur. Rata-rata netizen turut mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan yang berpanjangan.

Susulan itu menerusi laporan Bernama, Erika memberitahu mereka sekeluarga dikatakan bebas Covid selepas menjalani 3 ujian. Walaupun sudah sembuh, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Sekarang kami luangkan masa as a healthy family. Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini.

Sumber: Gold Amy Edriena, Erika Syamim, Bernama

SKIP THIS AD ×