Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengharapkan agar menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masih Lagi Ada Komen Ajak Sol…Kau Faham Tak Dia Tu Suami Orang, Kau Gila Ke Apa?’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Yang Cari Silap Saya, Ada Saja Yang Tak Kena Di Mata Mereka’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejak Menantu Aku Menjanda Ramai Nak Try’ – Netizen Sebak Tengok Yusof Haslam Peluk Puteri Sarah Atas Pentas
Doa mentua
Memetik laporan Harian Metro, Yusof Haslam berkata dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi Puteri Sarah terutama hal berkaitan pilihan hati.
Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.
Bagaimanapun, penerbit berusia 69 tahun ini serta isterinya iaitu Datin Patimah Ismail tetap berdoa agar Puteri Sarah dikurniakan kegembiraan dalam perkahwinan yang seterusnya.
Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.
Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Harian Metro