berita

Kami Happy – Awie Bahagia Dengan Anak-Anak Tanpa Rozana

August 14th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

PC-Konsert-WINGS-13-630x420

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, apa yang pasti Awie dilihat tenang dan tabah menghadapi dugaan besar dalam hidupnya.

Seperti yang diketahui umum, kes Awie dan isterinya masih lagi dalam prosiding mahkamah dan akan disebut semula pada 23 September depan.

Artikel Berkaitan:Kes Didakwa Pukul Isteri : Awie Minta Mahkamah Halang Orang Luar Buat Andaian Atau Ulasan

Para pembaca semua mesti tertanya-tanya macam mana agaknya kehidupan Awie dan anak-anaknya tanpa kehadiran Rozana kan? Nah, ikuti temubualnya dengan Sinar Harian di sini!

Screen Shot 2014-08-14 at 1.57.40 PMAwie dikejar pihak media di mahkamah

“Kehidupan kami berlangsung seperti biasa, tidak banyak yang berubah. Cuma pada bulan Ramadan lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya bangun pagi dan masak sahur buat mereka.

Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila ada masa rehat, saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka

Kami ‘happy’ hidup bersama dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang hilang dan segala kerja keras saya selama ini dan seterusnya adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.

Saya juga bersyukur kerana hak penjagaan kesemua anak-anak diberikan kepada saya dan apa pun terjadi saya akan pertahankan.

Saya mahu mereka membesar di depan mata saya dan kalau apa-apa berlaku biarlah berlaku di depan mata saya. Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat.”

Dalam pada itu, kami juga tertarik apabila membaca kenyataan yang yang dilakukan oleh Awie kepada Murai apabila dia dikatakan tidak menolak andai bertemu jodoh semula dengan bekas tunangannya dahulu, Erra Fazira.

“Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.

Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT.”

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×