Tak dapat dinafikan nak cari kerja zaman sekarang ni boleh dikatakan agak mencabar. Kadang-kadang ada yang sampai dah nak putus semangat cari kerja kan? Punyalah susah.
Haa.. Sebenarnya bukan korang je susah nak cari kerja tau, tapi majikan pun sering mengalami masalah untuk cari pekerja yang bersesuaian. Jadi, dalam usaha untuk memperkukuh pasaran buruh PERKESO mengadakan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023!
Ini bukan kali pertama PERKESO perkenalkan program seumpamanya tau, sebelum ini dah ramai yang berjaya temui kerjaya impian mereka melalui program tersebut.
Jom tengok apa kata mereka tentang program ini
Kini bergelar pramugara di MyAirline – Elvis Goh Yue Xian
Menurut Elvis, selepas tamat belajar beliau sempat bekerja sebagai Barista di Starbucks selama 6 bulan.
Kemudian Elvis mengambil peluang untuk ke sesi temuduga Cabin Crew di Menara Perkeso Putrajaya. Usahanya itu ternyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya diserap untuk berkhidmat sebagai pramugara bersama MyAirline.
Setahun meganggur, akhirnya ditawarkan bekerja sebagai kerani pembiayaan – Rozidah binti Mohamad Amin
Rozidah bekerja di Hong Leong Bank sebelum ditawarkan Mutual/Mandatory Separation Scheme, berikutan itu beliau menganggur selama setahun sebelum beliau mengambil peluang untuk ke Karnival Kerjaya Perkeso.
Saya menyertai Karnival Kerjaya Sektor Perbankan dan mendapat pekerjaan di Koperasi CO-OPBANK Pertama (M) BERHAD sebagai kerani pembiayaan.
Kerja sepenuh masa di UNIQLO – DUAN NURRAZIQ BIN BADRUL RIZAL
Saya sebelum ini bekerja part time di sebuah restoran di Shah Alam. Saya ternampak iklan peluang pekerjaan di Uniqlo melalui sosial media MYFutureJobs dan berjaya mendapatkan kerja full time sebagai Retail Associate di UNIQLO cawangan Fahrenheit 88.
Majikan temui pekerja berpotensi
Nurul Ain – Assistant Division Manager – Manpower Planning & Recruitment (99 Speed Mart Sdn Bhd)
Menurut Nurul Ain, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Pihak Perkeso bermula tahun 2018 sehingga kini dalam menyertai pelbagai Karnival Kerjaya baik secara bersemuka dan online semasa PKP.
Tambahnya lagi, penyertaan dalam karnival kerjaya ini sangat membantu untuk pencari kerja mendapatkan lebih informasi serta kriteria yang diperlukan oleh majikan.
Ramai pencari kerja telah berjaya menjadi sebahagian keluarga besar 99 Speed Mart menerusi program karnival kerjaya yang dianjurkan ini. Dengan iniasitif berterusan daripada pihak PERKESO, 99 Speed Mart optimis dalam menyahut seruan kerajaan mengurangkan kadar pengangguran baik daripada kalangan para graduan, perantis serta juga golongan B40 sedia ada.
Jaclyn Low – Market Director, Human Resources – Malaysia (Marriott International)
Kami dapat mencari calon yang berpotensi menerusai Karnival Kerjaya Anjuran Perkeso. Portal MYFutureJobs mesra buat pengguna. Terima Kasih Perkeso.
Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 merupakan karnival berskala besar anjuran PERKESO untuk tahun ini, Ianya diadakan selama dua hari bermula 11 hingga 12 Februari dan dijangka akan dikunjungi lebih 5,000 pencari kerja dari seluruh negara.
Turut sama bakal dilancarkan dalam program tersebut adalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Di mana sepanjang, dua hari itu orang ramai boleh berinteraksi secara terus dengan PERKESO bagi memahami SKSSR serta manfaatnya secara lebih mendalam.
Kami sendiri sempat bertanyakan pendapat daripada salah seorang waris yang yang menerima manfaat daripada SKSSR. Encik Abdullah Abu Bakar yang melahirkan rasa syukur kerana dapat merasa peninggalan daripada arwah isterinya
Syukurlah arwah isteri saya Siti binti Ahmad merupakan pencarum SKSSR, setelah arwah meninggal dunia, ada juga tinggalan untuk saya dan anak. Kami pun tak sangka arwah mencarum dengan SKSSR. Syukur.
Jika korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang SKSSR ataupun sedang mencari pekerjaan, jangan lepaskan peluang untuk ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 tau!
Dengarnya ada lebih 13,000 peluang pekerjaan dan 20 peratus daripadanya terbuka buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 disertai 140 syarikat dari pelbagai sektor termasuk Maybank, BSN, EXIM Bank, KTM Malaysia, ExxonMobil, UMW, UOA Group, Avisena Healthcare dan banyak lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni okay! Siapa tahu mungkin ada rezeki korang untuk ditawarkan bekerja dengan syarikat impian korang!