berita

Kami Kongsikan 5 Barangan Rumah Pelik Tetapi Berguna Yang Ada Di Pasaran

January 12th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Bila berbelanja di internet, macam-macam barangan menarik yang korang akan jumpa. Ini termasuklah barangan rumah atau keperluan dapur yang nampak macam pelik, tetapi sebenarnya sangat berguna dan membantu memudahkan kerja seharian korang!

Buat korang yang suka sangat shopping barangan rumah yang unik dan lain dari yang lain tu, mungkin barangan-barangan ni patut ada dalam koleksi korang!

Gunting pizza

Kredit: Spoonacular

Mesti ada yang pelik bila dengar gunting pizza kan? Perlu ke benda ni sebenarnya? Buat korang yang suka buat pizza sendiri, korang mungkin boleh consider untuk ada satu gunting pizza ni di rumah.

Nampak je aneh, tetapi ia dapat memotong pizza korang dengan sempurna tanpa menarik lapisan keju di atas pizza. Hanya leretkan spatula di bawah pizza dan potong. So, korang dah boleh letak tepi dah pizza cutter korang tu!

Pengupas kulit telur

Kredit: The Negg | Hardboiled Egg Peeler – YouTube

Leceh kan bila nak kupas kulit telur rebus? Kena tunggu sejuk dulu baru boleh kupas dengan berhati-hati. Kalau korang nak tahu, sekarang di pasaran dah ada pengupas kulit telur yang boleh bantu mudahkan hidup korang tau.

Cuma masukkan sedikit air ke dalam bekas pengupas kulit telur, masukkan telur rebus dan goncangkannya ke atas dan ke bawah dengan perlahan-lahan sehingga semua kulit telur tertanggal. Easy peasy!

Pembersih ketuhar Angry Mama

Kredit: MVP Gadget

Angry Mama adalah alat yang nampak macam tiada fungsi, tetapi sebenarnya ia membantu membersihkan ketuhar gelombang mikro korang dengan berkesan. Hanya perlu isikan air dan campuran cuka ke dalamnya, kemudian masukkan ke dalam ketuhar korang selama 7 minit.

Lepas tu, kotoran dan gris-gris yang melekat di ketuhar akan mengeras dan korang boleh terus bersihkan dengan tisu atau tuala dapur. Senang kan!

My critter catcher

Kredit: Gearbest

Siapa kat sini takut dengan serangga terutamanya labah-labah? Haa..kalau korang tergolong dalam kumpulan ni, korang wajib ada my critter catcher ni di rumah! Ia merupakan alat penangkap serangga yang mempunyai bulu-bulu lembut di hujungnya untuk menangkap serangga.

Hanya halakannya pada serangga yang korang nak tangkap dan tekan picu untuk memerangkap serangga tersebut. Lepas tu, boleh terus buang ke luar rumah. Yeay, dah tak geli dah!

CouchCoaster

Kredit: Rare.us

Bila tengok tv atau layan Netflix, tak lengkap kalau takde jajan dan minuman. Tapi yang tak best bila kena pegang cawan, lepas tu jadi banyak kerja bila air tertumpah. Haa..CouchCoaster ni adalah pemegang cawan anti-gelincir yang boleh diletakkan di sisi atau pemegang sofa tau. Selain mengelakkan air dari tertumpah, ia juga boleh menjimatkan ruang di ruang tamu atau bilik korang.

Kesemua produk ni memang nampak pelik tapi pasti dapat membantu korang menyelesaikan kerja rumah dengan lebih mudah dan cepat. Rasa-rasanya, produk yang mana satu yang korang ingin cuba dan dapatkan?

Haa..cakap pasal produk barangan rumah ni, korang nak tak kalau diberi peluang untuk mencuba beberapa produk secara PERCUMA dan bawa pulang hadiah lumayan? Bestnya!

Kredit: Coway Malaysia

Kalau korang nak tahu, Coway telah memulakan sebuah Group di Facebook iaitu Coway Jom Sembang, di mana semua rakyat Malaysia boleh menyertai dan berinteraksi sesama mereka dengan berkongsikan pendapat jujur di sana, sekaligus berpeluang untuk mencuba produk-produk terbaru dari Coway secara percuma. Yang lagi best, korang juga boleh menang wang tunai, baucar dan pelbagai lagi hadiah menarik!

Coway sentiasa mendengar dan memahami pelanggan-pelanggan setianya. Sebab itulah, Coway sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti produk dan servis mereka dengan mengambil kira setiap maklum balas dan ulasan pengguna dalam ruangan Coway Jom Sembang ni. 

Apa lagi tunggu, jom kongsikan pendapat korang dengan menyertai Coway Jom Sembang di Facebook Group sekarang!

×