berita

‘Kami Masih Berada Di Negeri Selangor’ – Bella Dally Nafi Berbasikal Rentas Negeri

October 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sukan berbasikal mula dilihat menjadi trend orang ramai termasuk selebriti. Rata-rata komuniti ini mempunyai kelab berkumpulan dan mengayuh basikal kemana sahaja diingini. Pelbagai jenis track yang dilalui mereka termasuk di jalan raya dan kawasan hutan.

Sebelum ini, ura-ura mengenai pelakon Bella Dally berbasikal sehingga merentasi sempadan negeri didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa semula di kawasan zon merah, tempoh hari. Bella bagaimanapun menerusi laman Instagram mengeluarkan kenyataan dan memperjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap satu posting di media sosialnya.

Kenyataan dari Bella

https://www.instagram.com/p/CGmHBVNhMRF/

Bella mengakui bahawa dia dan beberapa rakan yang lain telah melakukan aktiviti berbasikal berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua berdekatan sempadan negeri Selangor dan Pahang. Jelasnya, dia menafikan dakwaan melanggar PKPB yang telah berkuasa di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.

Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Wohooo.. Genting Sepah with…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB. Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara dua negeri.

Saya mohon maaf

Bella mengambil kesempatan memohon maaf kepada umum atas kekeliruan terhadap posting yang dikongsinya sebelum ini.

Apa-apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram tempoh hari. Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Sumber: Bella Dally

SKIP THIS AD ×