berita

Bella Dally, Lisa Surihani & Uyaina Arshad Sertai Larian ‘Fun Run’, Ariani Hulur Sumbangan RM30,000 Untuk Tabung Bencana

December 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

ariani hijab run

Barisan selebriti terkenal iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad yang juga merangkap sebagai duta menyertai larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km anjuran jenama tudung terkenal, Ariani, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Percaya Pada Rezeki, Bella Dally Tak Rasa Tertekan Soal Zuriat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Berang Ada Rakyat Malaysia Yang Sokong Isra** – ‘Kenapa Susah Faham, Mereka Itu Penjajah!’

Bukan setakat aktiviti lari

bella uyaina lisa

Menurut Bella, 32, acara sihat kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata. Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk dilakukan bersama seisi keluarga pada hari minggu.

Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.

Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara.

Kongsi rezeki

ariani hijab run

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip menyatakan, Ariani turut menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run.

Ujarnya lagi, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.

Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan serta menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.

Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.

Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.

SKIP THIS AD ×