Anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar memberitahu hubungannya dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof masih berada dalam keadaan baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Bakal ‘Release’ Lagu Dengan Alan D, Suruh Netizen Teka Tajuk ‘Tak Heran, Tak Kisah Atau Tak Perlu?’
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Jadi ‘Penasihat’ Kecantikan, Kongsi Tips Miliki Kulit Mulus & Bersih – ‘Saya Pernah Breakout Dua Kali’
Tidak bermakna kami harus bermusuh
Menerusi laporan Harian Metro, Ira berkata, mereka tidak menyimpan dendam antara satu sama lain walaupun rumah tangga yang dibina tidak bertahan terlalu lama.
Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan.
Tambah Ira, keputusan untuk tidak bermusuhan merupakan jalan terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi untuk memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing stabil.
Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang. Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami.
Berbicara lebih lanjut, Ira mengakui dia sedang fokus terhadap karier seni termasuk single duetnya bersama Alan D.
Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya.
Sumber: Harian Metro