berita

‘Kami Memang Pernah Bersama’- Neelofa Akhirnya Kongsi Perkara Sebenar Hubungannya Dengan Fattah Amin

February 6th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

1

Nama Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Ini semuanya bermula dari drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot. Keserasian mereka dalam drama tersebut seolah-olah mereka bercinta dalam dunia realiti. Lepas tu ‘Lofattah’ pula jadi trending.

Ramai peminat yang mendoakan agar Neelofa dan Fattah disatukan. Siap nak buat solat hajat bagai lagi kot. Sebelum perkara ni meleret, akhirnya Neelofa buka mulut.. Oh macam tu rupanya..

Pernah bersama

Screen Shot 2017-02-06 at 12.01.30 PM

Melalui rakaman video yang dimuat naik dan perkongsian peminat di laman sosial serta YouTube, Neelofa dan Fattah cuba menjelaskan situasi sebenar bila hubungan mereka dikatakan hambar hujung tahun lalu sehingga kan Neelofa unfollow Instagram Fattah.

Walaubagaimana pun baru-baru ni Neelofa kembali follow Fattah di Instagram. Tapi timbul pula persoalan adakah ia hanya gimik mahupun ‘Drama’ baru kerana kedua-duanya dijangka bergandingan lagi menerusi drama arahan Michael Ang?

Sejak minggu pertama kami berlakon drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) lagi, memang kami pernah bersama. Ramai yang ingat, masa cerita kami timbul awal-awal dulu, ia seperti memberi harapan palsu. Cinta yang digambarkan tidak wujud, hanya igauan, khabar angin, andaian semata-mata dan macam-macam lagilah yang diperkatakan orang. Kami juga sedar peminat harapkan jawapan pasti. Cuma dalam hal ini kami kena berhati-hati. Kami tak mahu menyakitkan hati banyak pihak.

Kami mahu berlaku adil kepada semua supaya tidak wujud salah faham dalam perkara begini. Memang dari awal minggu ketika penggambaran SHMP, kami memang pernah bersama. Cuma, situasi kami amat berbeza dengan pasangan lain. Kami berada dalam industri yang membabitkan media, peminat, orang ramai dan mereka yang tidak mengenali kami.

Lalu, dalam membuat sebarang keputusan membabitkan hal ini, kami kena fikirkan mereka semua. Kami kini memilih untuk berterus-terang kerana wujud cakap-cakap mengatakan semua hanya gimik, permainan dan seperti wujud penipuan.

Tak wujud Fattah guna nama Neelofa untuk promote lagu

https://www.youtube.com/watch?v=DtctVaSQpr0

Sumber video: RA7Channel HD

Menurut Neelofa lagi, tidak wujud bahawa Fattah mengambil kesempatan untuk menggunakan namanya dalam melancarkan single ‘Wanita Terakhir’. Tambah Neelofa, walau apa pun yang terjadi antara mereka, dia sentiasa ingin bersikap profesional dengan pelakon lelaki itu.

Tak wujud istilah Fattah guna nama saya untuk mempromosikan lagu itu. Saya sendiri bersetuju dia menyanyikan lagu berkenaan. Ketika Fattah merakamkan lagu itu pun saya ada di studio rakaman. Kalau ada yang kata kami berdua nak guna populariti dan impak Lofattah (gelaran untuk gandingan mereka berdua dan peminat kedua-duanya) untuk buat duit dan menggunakan peminat, sudah banyak produk kami lakukan bersama.

Apa jadi sekalipun, saya sentiasa hendak bekerja dengannya. Saya nak okey dengannya sampai bila-bila. Tak kiralah bagaimana emosi dan tekanan sekalipun. Saya memang tidak mahu bergaduh dengannya. Ini jawapan ikhlas saya dan bukan kerana anda semua ada di depan kami (merujuk kepada peminat yang hadir ke acara berkenaan). Harap Lofattah akan terus kekal tak kira apa jadi.

‘Semua itu di luar kawalan kami’

Screen Shot 2017-02-06 at 12.12.36 PM

Sementara itu, Fattah menolak bahawa kemesraan dipaparkan bersama Neelofa sebelum ni hanya bersifat palsu dan mengambil hati peminat.

Kemesraan yang anda nampak sebelum ini adalah benar. Ia bukan harapan palsu kepada peminat. Lagu saya nyanyikan pun memang untuk dia (Neelofa).

Cuma apabila kami terus berdiam, macam-macam cerita negatif pula timbul. Saya bukan hanya kasihankan diri sendiri dan Neelofa, tetapi juga peminat yang betul-betul menyokong perjalanan kami.

Begitupun semua itu di luar kawalan kami. Apapun, seboleh mungkin teruslah menyokong kami. Jangan komen benda tak elok. Saya sayang Lofattah dan semua peminat. Antara saya dan Neelofa, saya masih mengharapkan daripada anda semua mendoakan yang baik-baik.

Sumber: Berita Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×