berita

‘Kami Memang Teringin Nak Buat Wedding Macam Tu’ – Intan Ladyana, Harris Alif Sah Suami Isteri

February 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Intan Ladyana selamat menjadi isteri kepada pengacara dan penyanyi, Harris Alif hari ini. Majlis yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur itu hanya diadakan secara tertutup serta dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Artikel berkaitan: Persiapan Kebanyakannya Sudah Siap..’- Intan Ladyana & Harris Alif Bakal Bernikah Esok

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Tayang Cincin Di Instagram, Harris Alif Lamar Intan Ladyana?

Kami daripada Team OHBULAN! ingin mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut dan semoga hubungan mereka berkekalan buat selamanya.

Sah suami isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kami memang teringin nak buat wedding macam itu ini. Tapi, kami redha sahaja. Yang saya harapkan perjalanan selepas perkahwinan ini.

Menurut Harris, semua perancangan yang dirancang tidak menjadi ekoran situasi semasa iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, dia percaya bahawa apa yang berlaku mempunyai hikmah. Tambahnya, mereka berdua redha dan mengharapkan perjalanan selepas perkahwinan ini menjadi lebih baik hingga selamanya. Rata-rata rakan artis dan portal hiburan mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan buat merek berdua.

Sumber: Melodi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×