berita

‘Persiapan Kebanyakannya Sudah Siap..’- Intan Ladyana & Harris Alif Bakal Bernikah Esok

February 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hanya berbaki sehari sahaja lagi, pelakon cantik jelita iaitu Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Tayang Cincin Di Instagram, Harris Alif Lamar Intan Ladyana?

Artikel Berkaitan: ‘Umur Bukan Isu Besar’ – Harris Alif Respon Hubungan Cinta Dengan Intan Ladyana

Artikel Berkaitan: Harris Alif Beri Jambangan Bunga Buat Intan Ladyana Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-38

Majlis pernikahan pasangan selebriti ini dikatakan akan berlangsung esok (Jumaat) di Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur.

Bakal disatukan esok

Memetik laporan Harian Metro, Intan Ladyana memaklumkan majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Dalam kesempatan itu, Intan memaklumkan walaupun segala persiapan sudah siap tetapi dalam masa yang sama dia mengakui agak berdebar menanti hari penuh bersejarah itu.

Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

Semoga majlis berjalan dengan lancar

Sementara itu, Intan mengakui tidak sangka dalam kesibukan membuat persiapan pernikahan, dia telah ‘dilamar’ untuk menjadi duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.

Jadi, saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan.

Intan juga berharap agar tiada sebarang perubahan di saat-saat akhir dan semoga majlis dapat berjalan dengan lancar.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×