Minggu lepas OHBULAN! ada keluarkan kenyataan Anzalna yang membidas Shah Iskandar selepas aktor tersebut menafikan dakwaan sedang bercinta dengan kakak Anzalna iaitu Diana Nasir.
Menurut Anzalna, dia mempunyai bukti perbualan mesra antara Shah dan kakaknya yang tidak ubah seperti pasangan bercinta.
Artikel berkaitan:
Dan kali ini, Shah sekali lagi tampil memberi kenyataan menerusi portal majalah hiburan yang mengakui ada menghantar mesej-mesej tersebut kepada kepada Diana di awal perkenalan.
Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.
Saya tidak cakap dia ‘bad person’ tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.
Kakak Anzalna, Diana Nasir
Namun begitu, Shah berpendapat tindakan Anzalna yang membawa perkara ini ke pengetahuan umum dilihat seakan mahu menjatuhkannya.
Saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu mempertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya. Cara Anzalna tidak betul.
Untuk pengetahuan anda, kisah cinta Shah Iskandar dan Diana Nasir mula mendapat perhatian apabila Diana mengemaskini status di Facebook mengatakan akan merindui Shah yang ketika itu berada di Cape Town.
Namun tindakan Diana itu menyebabkannya dipandang serong oleh peminat apabila Shah menafikan mereka menjalin hubungan cinta sebaliknya hanya kawan biasa.