berita

‘Kami Minta Kebenaran Guna Tandas Sama Rata, Takkan Kami Nak Guna Tandas OKU Pula?’- Maknyah

August 20th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Isu transgender dan LGBT sejak kebelakangan ini makin menjadi topik hangat dikalangan rakyat Malaysia. Ada yang menyokong dan ada juga sebaliknya. Berhubung dengan isu tersebut, dua orang dari komunti maknyah, iaitu mahu dikenali sebagai Linda dan Amy tampil memberi luahan dari hati mereka. Apa yang mereka inginkan adalah kehidupan biasa tanpa diskriminasi dari masyarakat.

‘Inginkan kehidupan biasa..’

Seorang maknyah yang hanya mahu dikenali sebagai Linda (29 tahun) berkata dia serta rakan-rakan sama jenis dengannya tidak mahu ada diskriminasi terhadap mereka. Tambahnya lagi, dia tidak meminta lebih, hanya ingin kehidupan tanpa tanggapan sinis oleh masyarakat termasuklah isu penggunaan tandas.

Sebagai contoh, kami bukan nak tuntut hak kahwin sejenis seperti berlaku di negara barat,  tetapi inginkan kehidupan biasa untuk memenuhi naluri wanita kami. Orang ramai terimalah naluri kami ini kerana kami bukan minta jadi begini melainkan sudah takdir.

Kita minta hak sama rata bukan sampai nak hak tukar kad pengenalan sewenang-wenangnya.

Kami minta kebenaran guna tandas sama rata, takkan kami nak guna tandas OKU pula?

Apa yang penting kami dapat buang air kecil dan air besar, kami bukan nak bertapa dalam tandas.

Linda yang mengakui perwatakannya sebagai maknyah bermula sejak berusia belasan tahun, sempat menempelak sikap sesetengah kaum wanita yang menggunakan tandas wanita kerana kemudahan awam tersebut didapati tidak bersih dan bersepah dengan tuala wanita.

Diri sendiri (wanita) pun tak betul. Isu tandas adalah isu kecil tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Isu kecil, tetapi ingin diperbesarkan?

Seorang lagi maknyah dikenali sebagai Amy (23 tahun) bersependapat dengan pandangan rakannya mengenai isu tandas. Baginya perkara itu kecil yang sengaja dijadikan kecoh untuk mendiskriminasi golongan maknyah. Amy akui nalurinya berubah kearah wanita apabila dia menonton filem Hindi ketika zaman kanak-kanak dan mempunyai perasaan teruja meminati pelakon lelaki dalam filem berkenaan.

Bukan sekadar minat tengok pelakon itu, tetapi saya rasa ingin memiliki lelaki. Dari situ saya menyedari naluri saya ingin menjadi wanita dan saya beranggapan saya ini adalah wanita yang terkurung dalam tubuh lelaki.

Tambah Amu, sebagai komuniti maknyah, dia tidak mahu orang ramai memandang jelek kepada komuniti transgender berkenaan.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×