berita

‘Kami Mohon Maaf Tak Dapat Besarkan’ – Ibu Tinggal Anak Depan Surau, Akui Terpaksa

October 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Tanjong Karang, Selangor, seorang bayi lelaki ditemui di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru. Ketika kejadian, bayi lelaki itu diletakkan di dalam sebuah kotak lengkap berselimut.

Ditinggalkan bersama nota

Foto: Info RoadBlock JPJ/Polis

Memetik laporan Berita Harianbayi tersebut ditemui pada jam 7.15 pagi tadi, oleh Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke sekolah.

Kami mohon maaf sebab tak dapat membesarkan Mohamad Arif atas sebab ekonomi.Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia. kami sangat-sangat berterima kasih.

Ketika kejadian, bayi tersebut ditemui bersama sekeping nota dan beberapa barangan asas bayi seperti lampin pakai buang, bedak, dan tisu basah. Nota tersebut memaparkan tulisan tangan memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi tersebut disebabkan faktor ekonomi yang mendesak.

Sangkakan anak kucing

Gambar sekadar hiasan

Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan. Tiba di lokasi, saya perasan ada kotak di pintu pagar utama surau dan menyangka ada orang buang anak kucing. Kebetulan, kotak itu ditutup dengan kain berwarna biru

Curiga dengan kotak tersebut, Maidin bertindak menyelak kain tersebut, dan terkejut apabila melihat terdapat bayi di dalam kotak tersebut. Jelas Maidin, besar kemungkinan bayi tersebut telah ditinggalkan selepas solat Subuh pagi tadi.

Dia juga sempat menanyakan kepada jemaah yang lain, namun mereka tidak perasan akan kehadiran kotak tersebut dan ia besar kemungkinan diletakkan selepas jemaah yang lain telah beredar dari surau tersebut. Tambahan pula, sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya beberapa jemaah yang dibenarkan untuk solat di surau tersebut.

Jelas Maidin, ini merupakan kes pertama yang terjadi di kampung tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, telah mengesahkan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan lanjut bakal diambil.

Sumber: Berita Harian Info RoadBlock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×