berita

‘Kami Penggiat Seni Nak Shooting Minggu Ini’ – Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia

May 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) iaitu Dr. Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Mat London ada meluahkan hasratnya supaya pihak kerajaan memberi kelulusan kepada penggiat seni untuk menjalani penggambaran.

Mohon kelulusan


Menerusi perkongsian di Facebook miliknya yang ditujukan khas buat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Keselamatan Negara, Mat London memberitahu dia dan penggiat seni yang lain turut bersetuju untuk mematuhi semua Standard Of Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Penggambaran ‘indoor’ dengan jumlah kru kurang daripada lima orang patut dibenarkan. Produksi filem dan TV agak sukar nak kawal penggambaran berskala besar walaupun ada kawalan dan pemantauan rapi.

Susulan itu, menerusi laporan yang dipetik daripada Bernama memaklumkan bahawa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, sudah hampir 50 syarikat penerbitan telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa supaya mereka diberi kebenaran untuk menjalani penggambaran filem, iklan dan program televisyen.

‘Kami hilang punca pendapatan’

Sementara itu, Mat London memberitahu sebaik sahaja selepas pihak kerajaan melaksanakan PKP, syarikat penerbitan dan penggiat seni telah kehilangan punca pendapatan malah ada juga di antara mereka yang terpaksa melakukan kerja lain demi kelangsungan hidup.

Syarikat penerbitan kehilangan punca pendapatan kerana terpaksa menangguhkan kerja penerbitan berikutan penguatkuasaan PKP bermula 18 Mac lepas. Ini sudah tentu menjejaskan kehidupan para pekerja termasuk ahli FDAM yang kebanyakannya pengarah sambilan tanpa pendapatan tetap.

Difahamkan, FDAM dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia telah melancarkan tabung bantuan untuk membantu meringankan beban ahli dan kini hampir 100 ahli telah menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.

Sumber: Dr. Ahmad Ibrahim, Bernama

SKIP THIS AD ×