Hujung-hujung tahun ni, bila bukak je social media, penuh gambar orang pergi travel. Ahhh..jelesnyaa..Nak pergi jugak! Tapi, asyik pergi tempat yang sama pun bosan jugak kan? Tambah-tambah kalau musim cuti sekolah, mesti penuh dan sesak.
Psstt..korang nak tak kalau kami bagitahu tempat-tempat best yang tak ramai orang tahu tapi memang wajib dikunjungi? Jom baca ni!
Baird Bay, Australia
Kalau selalu, korang tengok anjing laut dan ikan lumba-lumba dalam tv je kan , haa..kat sini korang boleh tengok secara live dan siap boleh beramah mesra dengan diorang lagi!
Baird Bay ni terletak di tepi laut perkampungan terpencil di Semenanjung Eyre, jadi ada banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sana seperti berkhemah, memancing dan mandi manda. Sambil-sambil tu boleh buat Instagram Live, show off sikit dekat followers yang ramai tu. Hihi!
Turquoise Crystal Lake, China
Serius admin jatuh cinta tengok tasik ni. Ingatkan gambar yang dah diedit, rupanya tempat ni memang betul wujud dan tasik dia pulak berwarna turquoise! Kalau korang nak tahu, tasik ni terletak ni Lembah Jiuzhaigou, China, berkeluasan 1375 meter dan dah pun diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1992.
Serius tempat ni instagram-worthy sangat. Kalau korang snap gambar kat sini, tak payah susah-susah nak edit dah sebab memang cantik sangat tasik ni!
Tivoli Gardens, Denmark
Asyik shopping je, sekali sekala apa kata korang pergi taman tema pulak. Yelah, dah alang-alang pergi negara orang ni, memang kena explore lah segala tempat. Tivoli Gardens yang terletak di Copenhagen ni dibuka sejak dari tahun 1843 dan juga adalah taman tema hiburan yang kedua tertua di dunia tau!
Michael Jackson pun pernah nak beli Tivoli Gardens ni tau! Kalau korang nak tahu, Tivoli Gardens ni unik sikit sebab taman temanya terletak dia dalam taman dengan bunga-bunga, air pancut dan juga mengekalkan seni rekaan bangunan lama.
Abu Simbel, Egypt
Korang yang sukakan sejarah Mesir purba, Abu Simbel ni memang tempat yang korang kena letak dalam itinerari kalau ke sini! Istana besar Raja Ramses ke II ni dipenuhi dengan lukisan dinding zaman Mesir purba dan diluarnya pulak dihiasi dengan patung-patung pengawal gergasi.
Woah, dah macam dalam filem The Mummy!
Hinatuan River, Filipina
Ni satu lagi sungai yang nampak macam dalam alam fantasi tapi sebenarnya wujud! Tengok jelah air sungai yang jernih dan kebiru-biruan tu, patutlah digelar Enchanted River. Oh ya, penduduk tempatan jugak menganggap sungai ni sebagai sungai ajaib tau!
Hitachi Seaside Park, Japan
Sekali tengok, Hitachi Seaside Park ni macam gambar wallpaper desktop pun ada jugak kan? Haa..Hitachi Seaside Park ni sebenarnya adalah antara taman bunga yang terbesar di dunia! Korang yang gilakan bunga dan tumbuhan hijau tu, memang sesuailah datang sini.
Terletak 2 jam dari Tokyo dan berkeluasan 350 hektar, dekat sini bukan saja ada tumbuhan flora ni, tapi ada taman tema dengan lebih 25 permainan yang korang boleh cuba. Nak berbasikal pun boleh!
Mirissa Beach, Sri Lanka
Jarang kita dengan orang pergi bercuti ke Sri Lanka kan? Sebenarnya, ada banyak tempat di Sri Lanka yang ramai orang tak tahu. Orang kata, lagi kurang popular sesuatu tempat tu, lagi banyak benda menarik yang kita akan jumpa.
Memang betul pun. Siapa sangka di Sri Lanka ada pantai yang cantik dan merupakan tempat berkumpulnya ikan lumba-lumba dan ikan paus macam Mirissa Beach ni! Yang lagi best, kat sini jugak, korang boleh makan ikan-ikan segar macam tuna, siakap dan macam-macam lagi. Yum!
Meow Wolf Art Complex, USA
Meow Wolf Art Complex ni adalah muzium yang korang wajib kena visit kalau datang ke New Mexico, USA. Berkeluasan 20,000 kaki persegi, muzium ni bukan macam muzium biasa tau, tapi ada bilik maze, korang boleh selesaikan misteri, buat eksperimen, pameran alien serta raksasa dan banyak lagi lah!
Meow Wolf Art Complex ni jugak adalah milik pengarah Games of Thrones iaitu George RR Martin. Patutlah muzium ni unik dan awesome!
Haa..amacam? Dah boleh dah ni rancang trip untuk tahun depan. Kalau korang nak travel ke destinasi-destinasi yang kami cakapkan ni, jangan lupa masukkan tempat-tempat ni dalam itinerari korang ok! Cakap pasal travel, U Mobile ada berita baik untuk korang ni!
Percuma data perantauan di 36 destinasi merentasi 5 benua dengan U Mobile Unlimited HERO P139!
Travel ni memang best, tapi kadang-kadang tu leceh bila takde data internet. Yelah, mestilah nak upload gambar, ambil video dan buat live kat social media!
Haa..ni ada berita baik dari U Mobile untuk korang! Sekarang ni, korang dah tak payah risau pasal data internet bila ke luar negara sebab dengan Pascabayar U Mobile Unlimited HERO P139, korang boleh nikmati 3GB data perantauan PERCUMA di 36 destinasi menarik merentasi 5 benua seperti berikut:
Dengan adanya data yang percuma, banyak benda boleh buat! Boleh update insta stories tempat-tempat yang menarik on the spot, hantar gambar ole-ole yang keluarga pesan dan senang nak guna Waze untuk berjalan bila sesat di 36 destinasi dengan Roam-Onz Global™. Tak perlu susah-susah cari internet kat hotel tu. Hehe!
Eh..bukan itu je, ada lagi yang best. Selain Roam-Onz Global™ PERCUMA, Pascabayar U Mobile Unlimited HERO P139 juga didatangkan dengan:
Haa..walaupun korang kat luar negara, dengan Pascabayar U Mobile Unlimited HERO P139, data internet memang bukan masalah besar untuk korang.
Yang lagi best, bila korang dah balik Malaysia pun, korang masih boleh nikmati data berkelajuan tinggi tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Bestnya!
Nak layan rancangan tv kegemaran korang dalam HD? Takde masalah. Siap boleh share 50GB hotspot dengan keluarga dan kawan-kawan korang lagi! Nak guna Google Maps dan Waze bila-bila masa pun, dah tak payah risau pasal data internet tak cukup. Senang cerita, semua benda jadi mudah!
Pelan ni memang terbaik untuk pengguna yang selalu melancong dan perlukan banyak data di dalam ataupun luar negara. Macam ni #BARULAHBEST
Musim holiday pun dah tiba ni, elok korang cepat-cepat dapatkan pelan ni dan travel tanpa risau!
Kalau korang nak tahu, U Mobile semakin agresif dalam menaiktaraf rangkaian dan membina lebih banyak tapak untuk melebarkan jangkauan serta meningkatkan pengalaman pelanggannya dan U Mobile akan membelanjakan lebih daripada RM5 bilion dalam beberapa tahun untuk memberi pengalaman #BARULAHBEST kepada semua melalui rangkaian mereka sendiri!
Dengan menaiktaraf teknologi mereka, U Mobile berharap para pelanggan akan dapat menikmati rangkaian 4G LTE di lebih banyak lokasi seluruh Malaysia untuk ketersambungan yang makin laju dari hari ke hari. Kini, bersama produk dan perkhidmatan yang inovatif, U Mobile hanya mahu berikan keseronokan TANPA HAD kepada pelanggan mereka! Macam ni #BARULAHBEST!
So, siapa-siapa yang nak pergi bercuti tu, memang berbaloi kalau korang guna U Mobile! Oh ya, korang jangan lupa sign up sebelum 28 Feb 2019 ni untuk mendapatkan Roam-Onz Global™ secara PERCUMA selama 24 bulan tau!
Untuk maklumat lanjut mengenai Pascabayar U Mobile Unlimited HERO P139, klik sini.