
Terbaru, Jep menyatakan sesuatu yang lebih baik antara dia dan Sari Yanti. Dia tidak menolak sekiranya Sari Yanti adalah jodohnya.
“Buat masa ini, kami selesa bersama”
Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp. Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.
Mahukan yang baik dalam hubungan.
Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja. Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.
Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada.
Teman tapi mesra.
Kredit : Berita Harian