berita

‘Kami Sempat Riba Afnan Untuk Kali Terakhir’ – Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

September 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat sah bergelar bapa apabila isteri tercinta, Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 27 September lalu. Ujar Azmi, isterinya dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan, namun doktor menasihatinya untuk bersalin secara pembedahan bagi mengelak sebarang komplikasi.

Artikel berkaitan: Azmi Saat Nangis Bila Dengar Suara Anak, Anggap Momen Paling Berharga – ‘Terima Kasih Atas Anugerah Ini’

Terbaru, Azmi memberitahu bahawa dirinya sedang diuji apabila tahap kesihatan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Mohon doakan Afnan

Beberapa jam yang lepas, Azmi memohon doa daripada semua agar anaknya Afnan diberikan kesembuhan. Jelas Azmi, Afnan berada dalam keadaan yang tidak baik dan Allah sedang menguji mereka suami isteri.

Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.

Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Jelas Azmi lagi, dia yakin Allah sebaik-baik perancang dan mereka redha seandainya apa-apa belaku selepas ini.

Riba kali terakhir

Menerusi posting terbaru, Azmi memaklumkan bahawa mereka sedang riba Afnan untuk kali terakhir. Difahamkan, Afnan telah meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di pangkuan ibunya. Rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan yang terbaik buat Azmi dan isteri. Mereka berharap pasangan tersebut kuat dan tabah menerima ujian daripada Allah.

Sumber: Azmi Saat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×