berita

Azmi Saat Nangis Bila Dengar Suara Anak, Anggap Momen Paling Berharga – ‘Terima Kasih Atas Anugerah Ini’

September 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas 10 tahun menanti, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat kini bergelar bapa apabila isteri tercinta, Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 27 September lalu.

Pengalaman luar biasa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Azmi, 34, meluahkan rasa syukur sejurus mendengar suara tangisan anak sulungnya yang dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan.

Kata Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, menganggap momen tersebut sebagai satu memori paling berharga yang pernah hadir dalam kehidupannya.

Terima kasih untuk Afnan

Dalam pada itu, Azmi tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Allah untuk anugerah anak yang dinamakan Khairul Afnan.

Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini. Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.

Terdahulu, Azmi memaklumkan isterinya dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan, namun doktor menasihatinya untuk bersalin secara pembedahan bagi mengelak sebarang komplikasi.

Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada 2011.

 

Sumber: Instagram @azmi_saat

SKIP THIS AD ×