Semenjak Covid-19 melanda negara kita, ramai yang terkesan, khususnya peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Jadi, sempena 12.12 yang bakal tiba ni, apa kata kita penuhkan cart kita dengan produk-produk makanan tempatan. Semuanya nampak enak dan menarik!
Yang paling penting, boleh beli secara online je!
1. Aneka coklat berperisa Grandeur
Pencinta coklat, korang mesti kena cuba ni! Siapa kata coklat Malaysia tak sedap? Coklat Grandeur ni adalah produk buatan Malaysia dan Muslim yang diperbuat dari sumber bahan daripada tumbuhan, kekacang dan tenusu. Ada bebola coklat, chocolate bar, choco jar dan premium cookies yang memang setanding rasanya dengan coklat jenama terkenal. Jom dapatkan produk Grandeur di sini!
Shopee: Grandeur Chocolate Factory Store
FB: Grandeur Chocolate Official : Kilang Coklat Grandeur
IG: coklat_grandeur
2. Bijirin granola yang lazat dari AMMURA™ Granola
Buat korang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan suka mengunyah, Ammura Granola adalah snek makanan ringan yang sempurna untuk korang. Diperbuat dari bijiran granola berkhasiat daripada bahan berkualiti tinggi, ia mengandungi sumber serat, protein, pelbagai vitamin, kalsium dan zat besi. Lebih enak kalau korang hidangkan dengan susu, yogurt, smoothie dan buah-buahan kering.
Shopee: Ammura Store
Twitter: AmmuraHq
3. Jimat masa nak masak dengan Pes Masakan Aynuf
Lepas ni, tak payah nak menumbuk bawang, cili semua dah! Dengan Pes Masakan Aynuf, korang dah boleh masak sepantas kilat je. Pes Masakan Aynuf didatangkan dengan 11 jenis variasi iaitu Pes Ikan Bakar, Pes Ayam Bakar, Pes Sambal Tumis, Pes Rendang, Pes Tomyam, Pes Asam Pedas, Pes Nasi Goreng, Pes Masak Merah, Pes Masak Hitam, Pes Kari Ayam dan Pes Kari Ikan.
4. Jom kudap-kudap dengan Zaisara Home Cookies
Tak payah tunggu Hari Raya untuk makan biskut-biskut raya! Terdapat pelbagai jenis biskut yang korang boleh dapatkan di Zaisara Home Cookies, antaranya kuih seroja coklat peanut butter, tart nenas, biskut mazola, almond london, chocolate rice cookies, cranberry oat cookies dan banyak lagi!
Shopee: Zaisara Home Cookies
5. Salis Pop Rice
Salis Pop Rice adalah makanan ringan tradisional yang enak dan sihat yang diperbuat daripada pulut yang diperisakan dengan bawang putih dan rempah ratus. Ia juga diperkaya dengan bahan semula jadi, rendah kalori, kaya dengan Vitamin C dan B6, rendah lemak, kolesterol dan gula, serta tidak mempunyai pengawet tambahan. Tak hairanlah ia disukai oleh semua peringkat umur!
Shopee: Salis Pop Rice
6. Masak sepantas kilat dengan produk-produk dari Dara Sekurun dan Wan Soo
Jom dapatkan produk-produk berkualiti tinggi seperti bawang goreng, bawang putih goreng, serunding halia dan sambal bilis garing di Dara Sekurun. Kesemua produk ini disahkan HALAL oleh JAKIM dan mendapat MESTI oleh KKM. Oh ya, Dara Sekurun juga mengeluarkan 7 jenis Pes Nasi Kandar di bawah jenama Wan Soo. Terdapat pes Nasi Briyani, Daging Hitam, Mee Goreng Mamak, Kari Ikan Penang, Sotong Masala dan Sambal Serbaguna.
Shopee: Dara Sekurun x Wan Soo
FB: Dara Sekurun Official, Wan Soo Pes Nasi Kandar
7. Chocsvalley Chocolate House
Penggemar makanan manis dan coklat, korang boleh check this out! Terdapat pelbagai jenis produk coklat di Chocsvalley Chocolate House antaranya, chocolate balls, chocolate bar, almond cookies dan juga chocolate cake! Sesuai jugak kalau nak dihadiahkan buat yang tersayang.
Lazada: Chocsvalley Chocolate House
8. Tengok tv sambil layan kudapan Kacang Premium Spigo
Kacang Premium Spigo adalah makanan ringan berasaskan kacang yang menggunakan campuran badam premium dan bijian yang diimport untuk kelazatan, kerangupan dan khasiat. Terdapat 4 perasa yang korang boleh pilih iaitu Caramel Nuts (badam, kacang shangdong, bijan, biji bunga matahari, biji labu dan bjiji tembikai), Durian Nuts (badam, bijan, biji bunga matahari, biji labu dan bjiji tembikai, ekstrak durian dan perasa durian), Koko Nuts (badam, bijan, biji bunga matahari, biji labu dan bjiji tembikai dan serbuk koko), Dates Cereal (badam, bijan, biji bunga matahari, ekstrak kurma, bijirin dan cherodi).
Shopee: Spigo Premium Nuts
9. Cantik dan sihat dengan Tsallee Herb
Korang tercari-cari produk kecantikan kulit? Dapatkan produk makan dan minuman berasas dari Sarang Burung Walit, minuman herbal dan botani serta produk kecantikan di Tsallee Herb. Ia juga adalah selamat dan disahkan halal oleh Jakim.
Shopee: Tsallee Herb
10. Jom minum dulu dengan kopi Cap Dua Badak!
Apa kata mulakan hari korang dengan secawan kopi dari Cap Dua Badak. Terdapat pelbagai jenis kopi yang korang boleh pilih antaranya, milk tea, roasted arabica, white coffee, kopi o dan banyak lagi!
Shopee: Dua Badak Industries
Jadi, jomlah ramai-ramai beli dan sokong produk tempatan supaya sektor ekonomi negara kembali meningkat dan pulih. Dalam masa yang sama, kita pun boleh bantu peniaga-peniaga tempatan untuk menjana pendapatan.
Tak lama lagi dah nak 12.12, mesti banyak tawaran-tawaran hebat menanti korang. Jom #BelanjauntukMalaysia #Barangbaikbarangkita!