berita

Kami Senaraikan Iklan Raya 2022 Yang Korang Kena Tengok. Semua Best!

April 27th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sedar tak sedar, kita dah pun hampir kepada penghujung Ramadan. Sedih rasanya nak tinggalkan Ramadan tapi kami pasti ramai juga yang tak sabar menantikan kedatangan Syawal. Mana taknya, setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya ke kampung, tahun ini pastinya meriah dengan gelak tawa ahli keluarga.

Selain Aidilfitri, iklan raya juga antara yang paling dinanti-nantikan saban tahun. Jom kami kongsikan antara iklan raya yang menarik bagi tahun 2022.

1. Dumex Dugro® – Kebaikan Dikongsi Bersama, Ramadan Lebih Bermakna

Comel betul keletah Syawal ni. Kecil-kecil dah pandai berkongsi dan amalkan nilai-nilai murni. Siap tolong ibu buat kuih raya!

2. Xiaomi – Sedetik Cahaya

Bukan senang nak menjaga pesakit Alzheimer, betul-betul mencabar. Filem pendek yang diadaptasikan dari kisah benar ni memang boleh buat bergenang air mata.

3. Yoodo – Jangan Takut Nak Raya

Asyik manusia je, hantu pun nak beraya jugak! Ikuti kisah hantu-hantu yang popular dalam masyarakat Melayu ni, memang tak kering gusi dibuatnya.

4. Gamuda Land – Rezekey Raya

https://www.facebook.com/GamudaLand/videos/1014014842581109/

Rezeki itu ada dimana-mana, datangnya tanpa diduga. Kadang-kadang apa yang kita ada, mungkin tidak terhingga nilainya kepada orang lain. Jadi, ingatlah selalu bahawa dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.

5. SAFI – Raya Kau Hijau 2.0

SAFI kembali dengan Raya Kau Hijau 2.0, Anggun adik kepada Ayu pulang berhari raya di kampung bersama ibu dan kekasih kakaknya, Kai. Tapi, ada watak baru lah!

6. Watsons – Gaya Raya Luar Biasa

Tiap tahun berikan kelainan, kali ini filem raya dari Watsons memang betul-betul luar biasa! Kalau korang nak tengok macam mana Nabil Mahir dan Ayda Jebat pulang beraya di bulan, kena tengok sampai habis okay.

7. Maybank – Raya IstiMAEwa with MAE

Bermacam-macam cara yang Dila lakukan untuk ambil hati ibu mertuanya tapi semuanya tak jalan. Akhirnya, ada satu cara yang menjadi! Ha..apa caranya?

8. TNB – Raya Macam Cara

https://www.youtube.com/watch?v=RROuAnGO3Yc%29&feature=youtu.be

Memang teruja betul nak sambut raya tahun ni lepas tengok filem pendek TNB Raya Macam Cara. Macam-macam gaya dan ragam rupanya kita ni beraya terutamanya dari segi pakaian, hidangan raya, cara bersalam dan cara bagi duit raya! 

9. Yee Lee – Rasa Bersama, Raya Bermakna

Bukan senang nak tengok Remy Ishak & Farah Nabilah menyanyi dan berjoget kan? Jom dengarkan lagu raya dendangan artis-artis popular tanah air ni.

10. Goodday – Sekecil Usaha, Sebesar Makna

 

Goodday melalui filem pendeknya membawa mesej Sekecil Usaha, Sebesar Makna iaitu kalau kita nak menyumbang bukan sahaja dari segi wang tetapi dari segi masa, atau kemahiran kita. Tidak kira sama ada seorang kanak-kanak kecil atau orang tua, semua orang boleh menderma sesuatu yang bernilai kepada orang lain.

11. Redoxon – Kuatkan imuniti, rezeki Ramadan dinikmati

Agak-agak apa rahsia yang dikongsikan Lisa Surihani untuk kuatkan imuniti tubuh ni. Jom layan dulu muzik video dari Redoxon ni!

12. CSR – #Misi Manis Overload

Raya kali ni CSR bawakan drama pendek bertajuk #Misi Manis Overload yang mengisahkan tentang si kembar tiga Nana, Mimi dan Yaya. Kalau korang nak tahu apa pulak yang jadi lepas ni, jangan lupa saksikan episode kedua dan ketiga di Youtube rasmi CSR TV.

13. PTPTN – Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022

Raya tahun ni mesti anak-anak dapat banyak duit raya kan. Tapi, jangan lupa nasihat Kak Ngah Patin untuk simpan di SSPN tau.

14. Kumpulan Pelaburan MARA 2022 – Nyawa Mama

Filem pendek raya dari Pelaburan MARA kali ni memang menyentuh hati. Hargailah ibu bapa dan keluarga kita selagi mereka masih ada kerana hidup pasti ada penghujungnya.

15. LBS Bina – Chom, Acap dan Ketupat

Ikuti kisah inspirasi bagaimana seorang lelaki bernama Acap yang selalu membantu ibunya berniaga sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

16. Dutch Lady – Berkongsi Kekuatan, Menginspirasi Kebaikan

Video Dutch Lady tahun ini membawa mesej untuk kita sentiasa melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja kerana apabila ia berterusan, orang lain akan terinspirasi untuk membuat perkara yang baik.

17. Pos Malaysia – Kiriman Mak

Ikuti perjalanan mencabar Ahmad dalam menghantar bungkusan berharga kepada ibunya. Agak-agak sampai ke barang yang mak Ahmad pesan tu?

18. Darlie – Semangat Hari Raya

Jom layan lagu berkenaan Semangat Hari Raya dendangan Reza dan MuZza.  

19. foodpanda – Fobia Di Hari Raya

Tahun ni dah boleh balik beraya, korang dah bersedia ke nak jawab soalan-soalan panas dari sanak saudara? Haa..kalau korang pun fobia nak raya macam Yana, meh tengok dulu video raya dari foodpanda.

20. Boost – KebangkiTEN Raya Bersama Geng Budak Merah!

Jom ikuti pengembaraan Geng Budak Merah & Ejen Ali untuk bangkitkan semangat Raya.

21. Axiata – Sanubari Aidilfitri

Persahabatan yang tidak disangka-sangka antara Ashraf dan Pakcik Roslan, membawa Ashraf menempuh perjalanan penuh keinsafan dan kesedaran tentang erti sebenar Aidilfitri. Jom tonton filem pendek Axiata untuk mengetahui makna Aidilfitri kepada Ashraf.

22. Digi – Alunan Hati

Singkap kembali ikatan kasih antara Nenek dan Adi, apabila mereka mengukuhkan kembali silaturahim menerusi senandung dahulu kala.

23. McDonald’s – Kak Long Balik Muar

 

Dah dua tahun tak balik, kali ni kecoh satu rumah buat persiapan bila Bos Besar “Mak” nak pulang beraya di kampung. Saksikan video Edisi Istimewa gelagat keluarga Kak Long!

24.PETRONAS – ‘366’: Hari Ke-123

Saksikan drama bersiri PETRONAS iaitu ‘366’ yang diteruskan dengan kisah Poji dalam episod kedua ‘Hari Ke-123’ istimewa Aidilfitri ini. Dapatkah Poji menghadapi dugaan demi sebuah cinta dengan berani?

Kami harap korang semua terhibur dengan iklan-iklan raya ni. Selamat Hari Raya Aidlifitri, maaf zahir batin dari OHBULAN!

SKIP THIS AD ×