berita

Kami Share Satu ‘Benda’ Dalam Filem Paskal Yang Masih Ramai Tak Tahu Apa Kegunaannya

October 25th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Mak, nanti adik dah besar, adik nak jadi askar la.

Korang pernah terfikir macam tu tak? Masa kecik-kecik nak jadi doktor la, cikgu la, polis la, macam-macam. Admin dulu teringin nak jadi tentera laut. Macam best je naik kapal. Tapi baru teringat yang admin ni mabuk laut. So, tak boleh! Haha.

Siapa dah tengok filem Paskal baru-baru ni, kita geng! Filem Paskal ni mengisahkan aksi ketenteraan oleh Pasukan Khas Laut, atau PASKAL. Pada korang yang dah tengok, perasan tak, benda ni selalu muncul dalam filem tu tau.

Malaysia Military Tag, feeling jadi askar

Eh, apa yang korang takut sangat ni! Bukan benda seram pun la. Ni haa bendanya, Malaysia Military Tag. Korang rasa kenapa agaknya tentera pakai Military Tag ni kat badan diorang ek? Pernah terfikir tak?

Tentera pakai tag ni untuk kenal pasti identiti sendiri

Mesti korang pikir, takkan tak kenal identiti sendiri kot. Haha! Bukan macam tu la. Tentera pakai Military Tag ni supaya tak dikelirukan sewaktu perang. Ingat suka-suka ke pakai?

Tentera memang wajib pakai Military Tag setiap kali ada misi. Tag ni ada info seperti maklumat diri, status agama dan jenis darah. Kalau letupan berlaku dan mayat susah dikenal pasti, tag ni la yang membantu paramedik. Dah faham?

Patut la ramai berebut, tag ni banyak kegunaan!

Kalau korang nak tahu, Malaysia Military Tag memperkenalkan military tag US di Malaysia kepada orang awam untuk banyak tujuan. Sekarang Military Tag ni dah hot selling kat Malaysia. Tapi untuk apa sebenarnya? Haa, banyak kegunaaannya!

Military Tag ni boleh custom made. So, korang boleh tulis nama, no telefon dan lain-lain untuk kenalkan identiti korang. Sangat sesuai la untuk budak-budak sebab banyak kes budak hilang kan. Boleh la bagi kat anak korang nanti.

Korang kan suka pasang keychain pada kunci, beg, dan lain-lain. Apa kata tukar keychain tu dengan Military Tag ni. Boleh dijadikan tag lost and found! Contohnya boleh letak info, “If found, kindly contact En. Mohd Ali, 012-3456789“.

Selain tu, Military Tag ni boleh digunakan untuk tujuan medikal tau. Membantu pegawai perubatan yang nak rawat korang. Nak-nak kalau korang ada kondisi kesihatan tertentu atau alahan. Contoh korang boleh letak info, “allergy to penicillin“. Ikut la korang alahan pada ubat apa okay?

Siapa kat sini bikers kental? Hehe. Kalau nak tahu, Military Tag ni dapat sambutan paling hangat daripada rider di Malaysia. Boleh letak emergency contact kalau berlaku kecemasan atau kemalangan. Apa-apa jadi, boleh roger. Betul tak rider semua?

Kalau ada family korang yang warga emas atau golongan kurang upaya, boleh la bagi Military Tag ni kat diorang. At least, diorang boleh guna untuk dapatkan bantuan kat mana-mana. Contohnya sesat, kemalangan, dan lain-lain. Bagusnya!

Sesetengah orang jadikan Military Tag ni macam rantai leher. Ada yang pasang kat seluar, baju, bag, macam-macam la. So, benda ni juga boleh dijadikan fesyen atau trend terkini. Admin macam nak pakai satu. Nampak cool dan bergaya beb.

Paling menarik! Korang boleh letak “quote” untuk self motivation korang la. Macam admin selalu pegang kata-kata ni, “If Someone Calls You Ugly, Talk To Them Back, Excuse Me, I’m Not A Mirror“. Kan kena sedas dengan admin.

Bermutu tinggi, bukan tag biasa-biasa!

Korang mesti anggap ni tag biasa je kan? Silap besar! Military Tag ni bermutu tinggi sebab diperbuat daripada bahan stainless steel 304, sejenis keluli yang tahan karat. Rantainya pun tahan karat. Lagi satu, info kat tag ni pulak jenis “embossed” yang takkan luntur dan kabur. Power wei.

Tak berat pun, nipis dan ringan je

Nampak macam berat kan? Jangan tengok dari luaran je. Korang kena tahu yang Military Tag ni nipis dan ringan. Senang dibawa ke mana-mana. Gambar kat atas pun dah buktikan tag ni ringan gila!

Ketebalan tag ni ikut standard US. Sebab tu nipis dan ringan. Direka macam ni pun sebab nak elak tag cederakan diri sendiri kalau letupan berlaku semasa perang. Bukan senjata makan tuan ya.

Watak dalam filem Paskal pun pakai tag ni okay

Kalau perasan, Military Tag turut dipakai oleh watak dalam filem Paskal. Maklum la pengaruh filem Paskal ni semakin menular. Bila pakai, macam menjiwai watak Paskal pulak. Korang suka watak mana? By the way, admin suka Jerung. Hehe.

Macam mana nak dapatkannya? Korang boleh walk-in ke kedai mereka di alamat tertera. Admin siap bagi lokasi Waze tau. Tak payah risau la.

MMT Tactical Sdn Bhd
13-1 Jalan MP1, Taman Merdeka Permai, 75350, Batu Berendam, Melaka, Malaysia.
+6016-9175879
https://waze.com/ul/hw22syd4qq

Oh ya, kalau nak lagi senang, beli online je! Korang boleh beli Military Tag secara online di website Malaysia Military Tag (klik sini kalau nak order). Jangan lupa like dan follow Facebook Malaysia Military Tag sekali tau.

Meh admin belanja sikit video untuk korang tengok. Military Tag ni memang cool gila. Macam nak angkat satu je. Fuh!

SKIP THIS AD ×