berita

Kami Tak Harap Dikurniakan Anak Yang Ramai – Zain Saidin

September 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-26 at 11.19.49 AM

Siapa yang tak teruja jika isteri kesayangan mahu melahirkan zuriat untuk mereka kan? Sudah tentu perasaan gembira, gementar dan dalam masa yang sama tertanya-tanya apakah cabaran bergelar seorang bapa.

Artikel Berkaitan:Baby Shower Che Ta Tetap Grand Macam Majlis Kahwin

Maka, Zain Saidin tetap merasakan perkara yang sama meskipun isterinya, Rozita Che Wan pernah melahirkan dua orang nak hasil perkahwainannya dulu.

Namun, khabarnya mereka tidak mengharapkan anak yang ramai untuk perkahwinan mereka. Kenapa pula agaknya? Adakah disebabkan faktor usia Che Ta atau ada sebab lain?

Screen Shot 2014-09-26 at 11.22.10 AM

“Kami tak mengharapkan dikurniakan anak yang ramai. Macam perkahwinan Rozita terdahulu pun dia ada dua anak. Rozita sendiri cakap, biar anak tak ramai tapi diharap menjadi anak yang berguna dan bijak pada masa depan.”

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Zain kan. Utamakan kualiti daripada kuantiti gitu! Yelah, kedua-dua orang anak Che Ta pun setakat ini nampaknya sangat cemerlang dalam bidang akademik.

Sebab tu yang kecoh apabila Che Ta nak hadiahkan kereta mewah buat Ammar Effendy yang dapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tempoh hari.

Screen Shot 2014-09-26 at 11.20.00 AM

Zain turut memberitahu bahawa dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut bayi pertamanya ini. Hehe. Tak takut ke Zain?

“Dia (Rozita) mungkin tak rasa berdebar sangat kerana ini bukan anak pertama yang dilahirkannya. Tapi siapa tahu selepas 16 tahun tak mengandung, mungkin dia pun ada rasa berdebar.

Ramai juga yang suruh saya merasai pengalaman tengok anak dilahirkan. Pengalaman sulung ini pastinya berharga. Jadi saya tak mahu melepaskannya.

Saat ini pun tak ada kawan atau dari sebelah keluarga saya yang berkongsi ‘tips’ untuk bakal bapa. Kalau ada pun lebih banyak bersifat ‘tekanan’ contohnya kena tukar lampin bayi dan berjaga malam.

Saya yakin yang cakap semua ini sebab mereka pernah laluinya. Insya-Allah saya akan lalui semua ini dengan sebaik mungkin. Anak ini amanah Tuhan.”

Baguslah begitu. Hidup berumahtangga ni kenalah bertolak ansur kan. Lagi-lagi bila ada anak kecil. Apapun, kami doakan agar Che Ta dapat melahirkan bayinya dengan mudah dan selamat. Amin.

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Sys Image

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×