berita

‘Kami Tidak Mencapai Kata Sepakat’ – Dr Che Hafiz Mengaku Sudah Berpisah Dengan Lufya

September 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, pelakon, Lufya Omar telah memuat naik satu posting di Instagram yang mendakwa dirinya telah dianiaya oleh suaminya, Che Muhammad Hafiz. Terbaru, menerusi laporan Media Hiburan, suami pelakon tersebut mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya pada minggu lalu.

Lafaz menerusi aplikasi Whatsapp

Menurut Dr Che Hafiz, lafaz cerai tersebut dilakukannya menerusi aplikasi Whatsapp selepas mereka berdua buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi Whatsapp bagi membincangkan rumah tangga. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat.

Banyak hati yang perlu dijaga

Disoal mengenai punca konflik rumah tangga mereka berdua, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut. Sebaliknya, dia berharap agar apa yang telah berlaku di antara mereka berdua, dapat diselesaikan dengan cara baik.

Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga. Namun, saya mengharapkan agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi. Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Media Hiburan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.