berita

‘Kami Tidak Terlibat’ – Wakil Dr Fadzilah Kamsah Nafi Jalin Kerjasama Dengan Program Ebit Lew

July 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew telah tampil menjawab segala spekulasi berkaitan dengan pelbagai persoalan termasuk duit dana untuk Gaza yang telah dikutip cecah RM20juta, dakwaan bayar mahal untuk masuk ke Gaza dan sebagainya. Malah, Ebit Lew turut memaklumkan dia pernah bekerja dengan pihak Dato Fadzilah Kamsah.

Terbaharu, CEO DMFK Inspirations iaitu Shaifful Bahri tampil menepis dakwaan daripada Ebit Lew itu dan mengakui tidak pernah bekerjasama dengannya sejak 11 tahun yang lalu.

‘Dah lama tak ada program bersama’

Dalam video berdurasi 3:45 minit ini, Shaifful Bahri menegaskan pihak DMKF Inspirations Sdn Bhd tidak pernah terlibat atau bekerjasama mengadakan sebarang program dengan pihak Pertubuhan Kasih Umat Malaysia sejak 11 tahun yang lalu.

Dalam kenyataan itu, Shaifful Bahri meminta agar orang ramai merujuk kepada Ebit Lew sendiri jika mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan memandangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Tujuan saya membuat video ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat di luar sana bahawa kami warga kerja DMFK Inspirations Sdn Bhd ingin memaklumkan kami tidak terlibat dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan dengan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Oleh itu, sebarang pertanyaan, persoalan atau penjelasan yang kalian inginkan tolong jangan hubungi kami sebab kami memang tidak terlibat.

Memang benar saudara Ebit Lew ini memang rakan sepejabat kami dahulu. Mungkin 11 atau 12 tahun yang lepas. Kami memang dah lama tidak mengadakan program bersama-sama. Kami juga ingin memaklumkan kepada masyarakat yang berada di luar sana, sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan pertubuhan atau individu muaalaf dan sebagainya, kami mohon ampun sepuluh jari. Kami rasa yang terbaik kalian bertanya kepada tuan punya badan. Kami tidak mengetahui apa-apapun.

‘Kami tidak mengetahui apa-apa’

https://www.facebook.com/fadzilahkamsah/posts/6648682978490746

Sumber: Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

SKIP THIS AD ×