berita

‘Kamu Akan Digantung Di Leher Sehingga Mati’ – Pasangan Kekasih Sabit Bersalah Bunuh Anak

September 24th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sepasang kekasih dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh anak enam tahun lalu. Pada 29 September 2014, polis telah menemui mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput akibat dibunuh di dalam semak ladang kelapa sawit.

Difahamkan, pemeriksaan polis dilakukan selepas si ibu mengaku telah memukul anaknya sampai mati dalam kejadian di Kulim Kedah.

Bunuh anak 6 tahun lalu

Menerusi laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman terhadap R Saravanan dan T Gayathry yang disabitkan bersalah di akhir kes pembelaan.

Selepas mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

Oleh itu mahkamah ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati.

Ketika hukuman dibacakan, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang namun si ibu, Gayathry dilihat mengesat air matanya. Walau bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih itu didakwa membunuh anak Gayathry, S Kaviarasan yang berumur lima tahun. Perbuatan tidak berprikemanusiaan itu dilakukan di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah di Bukit Mertajam kira-kira jam 8 hingga 11.25 pagi pada 20 September hingga 29 September 2014.

Sumber : Harian Metro , The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×