Pelakon Lufya Omar menerusi hantaran di Instagram semalam menyatakan bahawa dia telah ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya setelah mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan fitnah bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan aktres, Julia Farhana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Mungkin Dia Terlalu Buta Dalam Percintaan’ – Lufya Omar Tidak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Julia Farhana
Artikel Berkaitan: Dr Che Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’
‘Fitnah itu lebih kejam dari membunuh’
Menerusi hantaran tersebut, Lufya menegaskan tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. Malah Lufya menganggap tindakan bekas suami dan tunangnya itu keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dari segi masa, tenaga, wang dan tugasnya sebagai ibu tunggal.
Fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian. Saya sabar dan reda. Satu kesedaram yang saya nak kongsikan di sin ialah maruah, nama baik harus kita jaga. Jika tidak ia akan kerap kali berulang. Kita wajib membela diri apalagi jika kita di tempat yang benar.
Malah laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial sebelum ini sebenarnya telah dimanipulasikan oleh dua pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya. Tidak terhenti di situ, bekas suami juga mendakwa Lufya telah mengganggu dan menimbulkan kekecohan di kliniknya sedangkan perkara itu sama sekali tidak berlaku.
Saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya menunggu di luar klinik.
Berikutan itu, Lufya telah tampil membela diri dan ke mahkamah bagi mendapatkan pembelaan ke atas dirinya dan anak. Terdahulu, Dr Che Hafiz dan Julia dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa menjadi mangsa fitnah dan tuduhan tidak berasas oleh Lufya. Untuk rekod, Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.
Laporan polis
Sumber: Lufya Omar