berita

[VIDEO] ‘Saya Rasa Mungkin Dia Terlalu Buta Dalam Percintaan’ – Lufya Omar Tidak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Julia Farhana

November 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pergaduhan tiga penjuru antara pelakon Lufya Omar, bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana nampaknya belum menemui titik noktah.

Artikel Berkaitan: Lufya Omar Dedah Laana Haura Pernah Trauma, Syukur Keluarga Jadi Penguat Semangat – ‘Masa Kecil Selalu Pukul Muka’

Artikel Berkaitan: Dr Che Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’

Nak kahwin silakan!

@ohbulanofficial Pergaduhan tiga penjuru antara pelakon Lufya Omar, bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana nampaknya belum menemui titik noktah. #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #lufyaomar #chemuhammadhafiz #juliafarhana ? original sound – Ohbulan

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG), Lufya menafikan dia cemburu dengan hubungan percintaan Hafiz dan Julia yang dijangka akan berkahwin tidak lama lagi.

Kata Lufya, 37, dia berasa kesian dengan Julia yang masih muda selain belum merasa fasa sebagai isteri dan ibu.

Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa yang cemburu.

Sebenarnya saya cakap terus terang. Saya kesian dengan budak itu (Julia). Dia masih muda. Orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu.

Saya rasa mungkin dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir. Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa its imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap.

Tak perlu duit Julia

Pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar juga mengakui sudah menyekat (block) Julia di WhatsApp kerana merasakan tidak perlu campur tangan daripada orang luar.

Sensitif isu ini. Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak.

Tak payah cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia!

Saya block awak sebab awak tak genuine. Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz.

Mesej kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz. Jadi kenapa awak mesej saya pada mulanya dengan 360 muka surat (panjang gila) itu.

Malah, awak ada cakap nak chip in. Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.

Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis.

Dalam pada itu, pelantun lagu Diam menegaskan dia ‘bergaduh’ demi menuntut hak anak tunggalnya bukan untuk isi perut sendiri.

Saya gaduh bukan untuk saya, untuk Haura! Benda jadi isu bila ada orang luar masuk campur.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Sumber: Instagram @lufyalaana

SKIP THIS AD ×