Adik penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Syada Amzah menerusi satu ciapan di Twitter meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai melemparkan kata-kata kesat kepada keluarganya.
‘Saya tak pernah maafkan’
Menyifatkan kata-kata tersebut sebagai keterlaluan, peserta Idola Kecil ini nekad tidak akan memaafkan perbuatan lelaki tersebut.
Awak panggil mak saya slut (perempuan murahan), kakak saya jalang dan keluarga saya barua. Saya tak akan pernah maafkan awak untuk itu. Ada beza being real dengan memang biadab.
Ujarnya lagi, terdapat perbezaan seseorang itu menjadi diri sendiri atau pun memang biadap. Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan tweet tersebut ditujukan kepada siapa dan hasil pemerhatian pihak OHBULAN! wargamaya juga turut berteka-teki.
Sehingga kini, tweet tersebut telah meraih 1.5k tanda retweet dan 5,407 tanda suka. Menerusi ruangan balas warganet turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu berkenaan.
Tweet penuh:
Sumber: Syada Amzah