berita

‘Kan Senang Kalau Dapat Suami Macam Abang’ – Netizen ‘Cair’ Tengok Video Remy Ishak Layan Anak Buah

April 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memiliki wajah yang tampan dan sikap yang mudah mesra dengan kanak-kanak, pelakon, Remy Ishak berjaya mencuri tumpuan netizen di Instagram. Rata-rata netizen mendoakan supaya pelakon tersebut segera menamatkan zaman bujang selepas mereka melihat video Remy bersama anak buahnya.

Comelnya!

Menerusi rakaman video tersebut, Remy Ishak kelihatan sedang bermain dan bergurau dengan tiga orang anak buahnya. Kanak-kanak tersebut turut kelihatan selesa dan gembira ketika bermain bersama bapa saudara mereka yang digelar sebagai ‘pak ngah’. Susulan daripada video tersebut, rata-rata netizen terutama golongan wanita telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan posting tersebut.

Seronok tengok budak-budak tu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Seronok betul tengok budak-budak tu.

Remy boleh jadi bapa yang hebat. Suka tengok cara dia layan kanak-kanak.

Dah boleh naik pelamin, bestnya jadi budak-budak tu.

Kan senang kalau dapat suami macam abang Remy.

Menurut netizen, Remy perlu segera berkahwin. Ini kerana, dia seorang lelaki yang baik dan mudah mesra bersama kanak-kanak. Cara layanan Remy terhadap kanak-kanak juga dipercayai telah membuatkan hati wanita cair. Segelintir netizen turut berseloroh dan menawarkan diri mereka sebagai calon isteri kepada pelakon tersebut.

Sumber: Remy Ishak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×