berita

Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Lebih 10 Lelaki Selepas Ikut Kawan Balik Rumah

December 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Chukai, Terengganu, seorang kanak-kanak perempuan telah menjadi mangsa nafsu serakah apabila dirogol lebih 10 remaja lelaki pada Isnin lalu. Menerusi laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 12 tahun itu dipercayai keluar bersama kenalan lelakinya sebelum dirogol pada hari tersebut.

Berlaku kira-kira 4 pagi

Pada hari kejadian, mangsa dipercayai dirogol kira-kira pukul 4 pagi selepas mangsa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalan lelaki yang mengajaknya keluar. Suspek juga dipercayai telah datang ke rumah nenek mangsa di Kijal bersama lima orang rakannya sebelum membawa mangsa pergi ke lokasi kejadian iaitu di rumah suspek.

Mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun suspek membawa mangsa ke rumah rakannya yang lain lalu dirogol.

Semasa berada di rumah, suspek dipercayai telah meraba dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, rakan-rakan suspek turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Polis buru beberapa lagi suspek

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, dan polis kini masih memburu beberapa lagi suspek lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pihak polis sudah menahan 10 remaja lelaki berusia 14 hingga 19 tahun untuk siasatan berhubung kes tersebut. Kesemua mereka ditahan di sekitar daerah Kemaman antara 4 petang hingga 10 malam semalam.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×