berita

Kanak-Kanak 15 Bulan Dihempas Bapa Tiri Dekat Dinding Bilik Hingga Maut

September 2nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki warga Indonesia sanggup menghempas anak tirinya yang berusia 15 bulan di dinding rumah kerana tidak tahan dengan tangisan bayi tersebut.

Namun apa yang lebih mengejutkan, tindakan ini berlaku selepas enam hari bergelar bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut.

Dihempas tiga kali di dinding

Menerusi Tribun News, lelaki ini, Roni Andriawan dikatakan baru enam hari berkahwin dengan ibu mangsa berkenaan namun telah tergamak melakukan perbuatan kejam itu. Suspek yang sedang tidur itu berang dengan situasi tersebut dan telah bertindak menghempas mangsa di dinding bilik mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata semasa kejadian berlaku, isteri suspek, Danis Aprilia tiada di dalam bilik.

Keadaan mangsa sihat sebelum dihempas bapa tirinya kemudian meninggal dunia di Hospital Budi Asih, Desa Serang.

Roni Andriawan mengaku menghempas mangsa sebanyak tiga kali dan dua kali kepalanya terhantuk di dinding.

Pura-pura sakit perut

Roni dikatakan berpura-pura sakit perut dan pergi ke tandas selepas mengetahui anak tirinya itu sudah mati.

Keputusan autopsi mendapati mangsa mengalami pendarahan pada tengkorak kepala dan bengkak disebabkan oleh benda tumpul hingga menyebabkan kematian.

Pihak polis telah menahan suspek atas tuduhan membunuh.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×