Berat mata memandang, berat lagi ujian yang terpaksa dihadapi adik Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee. Difahamkan Muhammad Fateh merupakan kanak-kanak termuda yang disahkan positif COVID-19 di Kelantan. Apa yang menyedihkan, kanak-kanak ini juga penghidap kanser darah.
Dijangkiti melalui keluarga
Mohon doakan anakanda Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee, 2 tahun 4 bulan yang disahkan positif virus Covid-19.
Fateh, penghidap kanser darah Leukemia, sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19.
Mohon didoakan agar anakanda Fateh sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya.
Menerusi status yang dimuatnaik laman Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona), orang ramai dimohon mendoakan kesihatan kanak-kanak ini. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan perkara tersebut.
Dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti Covid-19 melalui keluarga.
Kanak-kanak ini sepatutnya menjalani kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa ditangguhkan kerana ujian darah mendapati Muhammad Fateh positif COVID-19.
Pesakit kimoterapi lebih mudah terdedah
Sumber : Berita Harian, Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona)