Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui terapung di dalam sungai Chambal di Dholpur, Rajasthan di India.
Mayat dalam sungai
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Deccan Herald, mangsa dipercayai dipercayai dirogol beramai-ramai sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh saudara terdekat mangsa termasuk dua remaja bawah umur.
Menurut Penguasa Polis Dholpur Sumeet Meharda, mangsa dipercayai dipukul dengan batu bata oleh sekumpulan indvidu berkenaan sehingga mengakibatkan kematian. Hasil bedah siasat turut membuktikan mangsa telah diserang secara seksual.
Susulan daripada itu ahli keluarga mangsa termasuk dua suspek bawah umur ditahan untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Deccan Herald