Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun maut dibaham seekor singa semasa bersiar-siar bersama keluarganya. Beberapa badan mangsa ditemui polis dalam keadaan putus.

Artikel Berkaitan: Murid Darjah 4 Maut Dibaham Singa Ketika Cuti Raya Aidilfitri 

Putus kepala dan kaki

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Sun, mangsa sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum seekor singa melarikan mangsa daripada pegangan tangan ibunya di sebuah ladang di Ghanshyam Nagar. Singa itu dipercayai keluar dari dalam hutan sebelum menerkam mangsa sehingga berlakunya kejadian ngeri terhadap kanak-kanak tiga tahun itu.

Mangsa, Nitin Rakeshbhai diheret ke dalam hutan oleh seekor singa semasa perkhidmatan kecemasan dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Susulan daripada itu, polis menemui dua anggota badan mangsa yang terputus iaitu kepala dan kakinya. Terbaru, pihak polis memasang alat perangkap untuk menjerat singa tersebut, namun, usaha itu masih belum berjaya.

Sumber: The Sun