Dipercayai terlibat dalam upacara sihir, seorang gadis yang dikenali sebagai Karina, 18 tahun, sanggup membunuh adik lelakinya yang berusia lima tahun, di kediaman rumah mereka di Sao Roque, Brazil. Lebih mengerikan, gadis tersebut turut memotong dan memakan kemaluan adiknya.
Menerusi Daily Star, pihak polis sedang menyiasat kes jenayah tersebut kerana mayat budak lelaki tersebut ditemui di lantai dalam keadaan dikelilingi beberapa lilin.
Mayat ditemui oleh ibu
Menurut pihak polis, pembunuhan tersebut disedari oleh ibu mangsa setelah pulang dari membeli-belah bersama seorang saudara mereka. Menyedari pintu rumah berkunci, saudaranya itu telah bertindak memecah masuk ke dalam kediaman tersebut, lalu melihat gadis itu sedang berdiri di samping mayat adiknya.
Kecederaan yang mengerikan
Mayat kanak-kanak lelaki tersebut ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Kepalanya dipenggal, matanya dicederakan, manakala bahagian kakinya telah dibakar. Alat sulit mangsa juga turut dipotong sebelum dimakan oleh gadis tersebut.
Gadis tersebut dikatakan cuba melarikan diri sewaktu ibu dan saudaranya mengetahui tentang kejadian itu. Namun, tindakan gadis tersebut sempat dihalang oleh saudaranya. Pihak polis juga mengatakan bahawa gadis tersebut membunuh adiknya menggunakan bantal, setelah berjaya memperdayakan kanak-kanak itu. Sebuah telefon bimbit yang terbakar juga ditemui ketika kejadian dan ianya mungkin salah satu bahan bukti.
Upacara pemujaan syaitan
Kami sedang menyiasat jika dia terlibat dengan upacara pemujaan syaitan. Kami ingin tahu jika dia ada kaitan dengan kumpulan sedemikian di laman sosialnya. Dia juga akan melalui pemeriksaan untuk melihat jika dia berada di bawah pengaruh dadah atau sebagainya. Memori kad yang terkandung dalam telefon bimbitnya juga dihantar ke pakar analisis.
Setakat ini gadis tersebut ditempatkan di sel berasingan di Penjara Wanita Votorantim di Sao Paulo.
Sumber: Daily Star