berita

Kanak-Kanak 6 Tahun Ditinggalkan Sendirian Maut Jatuh Tingkat 15

October 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Kuala Terengganu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dijumpai maut akibat terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu, pada petang tadi.

Dipercayai tergelincir

Foto: Tranung Kini

Menerusi laporan Harian Metrokejadian tersebut berlaku pada jam empat petang ketika mangsa, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, duduk bersendirian di rumahnya dan tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu. Ketika kejadian, ibu mangsa ketika itu keluar kedai berhampiran, manakala Aryan ketika itu dikatakan sedang tidur.

Foto:  Tranung Kini

Menerusi ruang komen di Facebook, mangsa ketika itu sedang mamai mencari ibunya sebelum tergelincir jatuh ke bawah menerusi tingkap di ruang tamu.

Ingatkan ‘sampah’ jatuh

Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu.

Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29 tahun, dia ketika itu sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terdengar bunyi benda jatuh ke bawah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar telah mengesahkan kejadian tersebut dan masih menjalankan siasatan bagaimana insiden tersebut boleh berlaku.

Kini, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro Tranung Kini

SKIP THIS AD ×