Gambar sekadar hiasan
Seorang kanak-kanak berdepan dengan detik hitam apabila dirogol tiga orang lelaki termasuk datuk dan bapa saudaranya sendiri yang berusia 80 tahun dan 30 tahun.
Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Dirogol Gara-Gara ‘Termakan’ Ayat Manis Jejaka Di Aplikasi Dating, Diancam Sebar Gambar & Video
Terkena penyakit kelamin
Foto: Detik News
Memetik laporan Detik News, selain dua ahli keluarganya itu, kanak-kanak tersebut turut dirogol oleh seorang jirannya yang berusia 43 tahun.
Kesan daripada perbuatan terkutuk itu, kanak-kanak tersebut kini disahkan menghidap penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai penyakit menular seksual (PMS).
Difahamkan, bapa saudara kepada kanak-kanak itu yang merogolnya sebanyak tiga kali manakala datuknya merogol sebanyak empat kali ketika kanak-kanak tersebut dihantar ke rumahnya.
Sementara itu, jiran kepada kanak-kanak itu pula dipercayai telah merogolnya sebanyak dua kali di kebunnya.
Ketiga-tiga suspek kini telah pun ditahan pihak polis dan kes akan disiasat Akta Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia.
Sekiranya didapati bersalah, ketiga-tiga suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak 5 Juta Rupiah (RM1,524.53).
Sumber: Detik News