berita

Kanak-Kanak 7 Tahun Cedera, Tiba-Tiba Diserang Wanita Kurang Siuman Guna Garpu!

March 25th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Johor Bahru, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan oleh wanita kurang siuman. Lebih teruk, wanita tersebut telah  menggunakan garpu sebagai alat untuk mencederakan mangsa.

Cucuk guna garpu

Foto: Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi di luar bangunan sebuah pusat tuisyen di Taman Mount Austin, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut sebaik sahaja bapa mangsa membuat laporan di balai.

Semasa berada Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman. Wanita itu sudah cucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian, suspek melarikan diri. Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras.

Jelas Padzli, sehingga kini pihaknya sedang giat mencari suspek yang masih belum dikesan. Ujar beliau lagi, kes tersebut bakal disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×