Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian pada 11 Januari lalu di Indonesia.
Budak 8 tahun dibunuh ibu
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Sahrini ditikam di bahagian perut oleh ibunya, Suminah, 43,
Ketika kejadian, mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik namun tiba-tiba bapa mangsa (suami suspek) terdengar jeritan dan apabila masuk ke bilik berkenaan, dia mendapati mangsa mengalami pendarahan yang banyak di bahagian perut.
Lebih mencemaskan apabila lelaki itu melihat isterinya yang sedang memegang senjata tajam cuba membunuh diri. Tetapi suspek berjaya diselamatkan oleh jiran tetangga. Kanak-kanak malang itu kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Sementara suspek masih mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami masalah gangguan mental.
Sumber: Tribunnews