Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai akibat dihempap dinding batu bata yang baru dibina di belakang dapur rumahnya di Kampung Padang Lalang Besah, Mukim Tawar, Kuala Ketil, pada Isnin.
Maut ditimpa batu bata
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, kejadian tersebut hanya diketahui oleh si bapa selepas dimaklumkan oleh isterinya.
Ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 39 tahun bekerja di sebuah kilang di sini, manakala ibu kanak-kanak itu memasak di dapur.
Namun tiba-tiba, si ibu terdengar bunyi yang sangat kuat sebelum mendapati seluruh badan anaknya ditimpa dinding konkrit tersebut.
Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik manakala adik mangsa yang turut berada di lokasi kejadian hanya mengalami cedera ringan.
Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Difahamkan, ibu kanak-kanak lelaki itu sudah beberapa kali memberi amaran dan menasihatkan dua anaknya supaya tidak bermain di sekitar kawasan pembinaan tambahan ruang dapur yang sedang dibina oleh bapa mereka.
Sumber: Harian Metro