Foto: Buletin Fm
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan masuk ke dalam stadium bermula 1 April ini selaras dengan fasa peralihan endemik negara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Artikel Berkaitan: Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Warganegara Yang Hilang Status Lengkap Vaksin 1 April ini
Artikel Berkaitan: Fokus Untuk Bantu Atlet Hingga Bersara-Pelan Terbaru KBS Ni Akan Bangunkan Industri Sukan!
Boleh makan dan minum di dalam stadium
Gambar Hiasan
Menurut Ahmad Faizal, aktiviti makan dan minum di dalam stadium juga kini dibenarkan yang sebelum ini tidak dibenarkan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan apabila stadium dan pusat kejohanan membenarkan penonton makan dan minum, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Kelonggaran ini sudah pasti disambut baik oleh orang ramai.
Namun, prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka jika tidak minum atau makan serta mematuhi penjarakan sosial.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memperincikan lebih banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam waktu terdekat.
Sumber: Bernama