berita

Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Warganegara Yang Hilang Status Lengkap Vaksin 1 April ini

March 31st, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Foto: Hunter Bays Radio

Individu yang hilang status vaksinasi kerana tidak mendapatkan dos penggalak bermula 1 April ini masih boleh melakukan aktiviti yang dibenarkan seperti individu yang lengkap divaksinasi.

Artikel Berkaitan:  Penerima Sinovac Tak Ambil Dos Penggalak Bakal Hilang Status Lengkap Vaksinasi 1 April

Artikel Berkaitan: Peralihan Ke Fasa Endemik: Ibu Bapa Disaran Bawa Anak Dapatkan Vaksinasi

Artikel Berkaitan: Enggan Terima Dos Penggalak & PICKids, KJ Cakap Orang Melayu Percaya Illuminati

Hilang status vaksinasi lengkap jumaat ini

Foto: KL Foodie

Bermula 1 April ini, penerima semua jenis vaksin bagi warga emas berumur 60 tahun keatas dan penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun keatas akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera mereka sekiranya masih belum menerima dos penggalak.

Namun, bagi kumpulan terbabit, mereka masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan juga rumah ibadat.

Bagimanapun, maklumat sejarah vaksin primer itu kekal dalam aplikasi MySejahtera.

Seseorang individu itu diiktiraf sebagai telah lengkap vaksinasi dos primer apabila telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti dua dos suntikan diperlukan bagi vaksin jenis (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan.

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan Cansino, individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan.

Dos penggalak tingkatkan antibodi

Foto: Utusan

Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam badan dan mampu mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan Covid-19.

Data penilaian dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 merosot sehingga 20% bagi dua dos vaksin Pfizer dan 48% bagi dua dos vaksin Sinovac dalam tempoh tiga hingga lima bulan.

Pemakluman SOP terbaharu ini bagaimanapun bukan bermaksud penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan dan menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×